
PUSAT 3S BYD BALAKONG RASMI DILANCARKAN
BYD Sime Motors, pengedar rasmi jenama BYD di Malaysia, terus memperluas pelaburan strategiknya di negara ini dengan mengumumkan pembukaan pusat 3S terbesar BYD di Balakong.
Fasiliti tiga tingkat berkeluasan 3,360㎡ ini menempatkan dua tingkat bilik pameran, 10 ruang servis, kawasan pejabat, serta bahagian selepas jualan yang meliputi 1,514㎡.
Dengan pembukaan ini, jumlah pusat 3S BYD di seluruh negara kini meningkat kepada 36 buah.

Menurut Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Malaysia kekal sebagai pasaran utama syarikat itu di rantau Asia Tenggara.
“Pengumuman mengenai kilang CKD dan model baharu BYD SEAL membuktikan komitmen kami untuk membawakan teknologi EV bertaraf dunia lebih dekat kepada rakyat Malaysia.
“Dengan kerjasama kukuh bersama Sime Motors, kami mahu mempercepatkan transformasi ke arah mobiliti hijau serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem EV di negara ini,” katanya.
- BACA: PERAK PACU EKONOMI DENGAN KILANG PEMASANGAN BYD DI TANJONG MALIM
- BACA: VOLKSWAGEN GROUP MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN PKT LOGISTICS, PERKUKUH MALAYSIA SEBAGAI HAB LOGISTIK SERANTAU
- BACA: TERKINI: VOGE SR250GT MASUK MALAYSIA TAHUN INI – 25.5HP, 23NM
- BACA: AKHIRNYA TOYOTA VIOS HYBRID MUNCUL JUA…


