Buletin

PUSAT 3S PROTON BERKEMBANG LAGI. KINI DI BINTULU, SARAWAK

Supernau Motors Trading Sdn Bhd (Supernau) merupakan cawangan pengedar 3S sedia ada di Bintulu, Sarawak dan telah beroperasi sejak tahun 2001.

Cawangan tersebut telah diubahsuai sepenuhnya untuk memenuhi keperluan standard baharu PROTON dan terletak di sepanjang jalan utama di kawasan komersil dan perumahan yang padat.

Supernau juga mengendalikan pusat ketuk dan cat, yang terletak 14km dari cawangan 3S tersebut. Premis ini mudah dikunjungi kerana ia terletak di kawasan bandar utama bersama syarikat pengeluaran kereta yang lain.

Pusat 3S Proton ini telah dinaiktaraf untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Menaiktaraf adalah penting kerana ia mencerminkan imej baharu dan lebih segar untuk menarik pengguna di pasaran, dan apa yang lebih penting ialah mempamerkan wajah baharu PROTON yang bergerak maju ke hadapan.

Ini juga sejajar dengan pelan dan hala tuju baharu PROTON, di mana cawangan di seluruh negara sedang giat menaiktaraf premis mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan sebagai pusat sehenti yang memberikan kesenangan, keselesaan dan kepuasan pelanggan.

Google ads
Back to top button