Motosikal

EMOS RASMIKAN PEMBUKAAN PUSAT 4S KAWASAKI KUCHING 

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) dengan rasminya membuka pusat 4S Kawasaki Kuching yang merupakan pusat pameran 4S ketiga di Malaysia. 

Dikendalikan sepenuhnya Ghee Hua Co Sdn Bhd, Kawasaki Kuching merupakan Pusat Pameran bertaraf All-Star ketiga. 

Menariknya, 700 orang telah menghadiri majlis perasmian tersebut yang turut dimeriahkan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan, Pengarah Kawasaki Kuching Law Kin Hin. Acara tersebut turut disaksikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sarawak, YB Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah. 

Untuk rekod, Ghee Hua telah menjadi rakan kongsi Modenas sejak Ogos 2000. Menerusi kerjasama baharu ini, EMOS yakin Kawasaki dan Modenas akan terus berkembang di Sabah dan Sarawak. 

Menurut EMOS dalam satu kenyataan, syarikat itu bercadang melengkapakn 10 pusat 4S Kawasaki pada 2024. 

Google ads
Back to top button