Buletin

PUSAT 4S VW SELAYANG

Volkswagen Malaysia dan Goh Brothers Motor menambahkan rangkaian perkhidmatan selepas jualannya menerusi pembukaan Pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat) Volkswagen Selayang.

pusat-4s-volkswagen-selayang-mekanika (4)

Cawangan berkenaan juga merupakan Pusat Servis Teknikal Volkswagen yang kedua di Malaysia.

Bangunan lima tingkat dengan keluasan  55,000 kaki persegi itu merangkumi pusat jualan, khidmat selepas jualan, ruang servis, diagnostik dan pembaikan major.

pusat-4s-volkswagen-selayang-mekanika (11)

Bagi meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan, pusat 4S berkenaan memperuntukkan tiga daripada lima tingkat untuk 20 ruang penyelenggaraan.

Pada masa depan, khidmat selepas jualannya boleh dikembangkan ke dua lagi tingkat dengan penambahan 18 ruang penyelenggaraan.

pusat-4s-volkswagen-selayang-mekanika (1)

Bagi mempercepatkan urusan servis serta lebih efisien, ia dikendalikan oleh 30 orang kakitangan berpengalaman dan terlatih daripada rangkaian Volkswagen.

Selain itu, Goh Brothers Motor turut menyediakan empat tingkat penyimpanan alat-alat ganti seluas 3,000 kaki persegi. Sebanyak 4,000 alat ganti sudah tersedia untuk servis biasa. Alat-alat ganti diambil daripada pusat alat ganti bersepadu Volkswagen di Shah Alam, Malaysia dan Singapura.

pusat-4s-volkswagen-selayang-mekanika (2)

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata kerjasama dengan Goh Brothers bermula sejak 2007.

“Pelaburan terhadap infrastruktur merupakan salah satu cara untuk terus menambah baik tawaran dan meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhannya.

pusat-4s-volkswagen-selayang-mekanika (8)

“Ini adalah tahun di mana Volkswagen Malaysia fokus untuk menambah baik pengalaman pemilikan semua pelanggan,” kata Keller.

Kemudahan lain yang ditawarkan ialah ruang menyambut tetamu Volkswagen yang pertama. Lounge di tingkat mezzanine pula dilengkapi kemudahan moden seperti televisyen, Wi-Fi, pusat perniagaan dan bilik untuk kanak-kanak.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button