
Teringin untuk merasai pengalaman menjadi penumpang kepada bintang Honda World Touring Car seperti Tiago Monteiro dan Gabriele Tarquini?
Kini anda boleh! Menggunakan teknik rakaman terkini, ia mampu merakam aksi 360 darjah. Jadi, rakaman pendek itu seolah-olah membolehkan anda berasa seperti berada di sebelah Tarquini di dalam jentera Civic Type-R dan Monteiro dalam kereta Castrol Honda Civic Touring.
Rakaman tersebut dibuat di litar Circuito Tazio Nuvolari, Itali.
Tarquini turut disertai oleh bintang perlumbaan Touring dari Britain iaitu Gordon Shedde, Matt Neal dan Jack Clarke yang memandu Honda Type-R. Sementara bintang 2015 LCR Honda MotoGP, Jack Miller pula menungang Honda RC213V.
Sebenarnya, rakaman ini adalah sebahagian daripada cara untuk menunjukkan kerjasama teknikal di antara Honda dan Castrol, selain keupayaan Honda Civic Type-R.
Untuk melihat pemandangan 360 darjah, klik sahaja pada ikon bulat pada bahagian atas sebelah kiri video. Enjoy!