Buletin

PUSAT JUALAN & SERVIS BMW i

Pengedar terbesar dan paling lama jenama BMW di Malaysia, Auto Bavaria memperkenalkan pusat pameran dan servis BMW i yang pertama.

auto-bavaria-bmw-i-mekanika1

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris memberitahu,  diperkenalkan pada BMW World Malaysia 2015, BMW i adalah pembangunan kenderaan futuristik dan perkhidmatan mobiliti BMW.

“BMW i telah mengubah industri automotif premium. Menerusi pembukaan pusat pertama ini, ia dapat membangunkan jenama BMW i di Malaysia.

“Kami dapat melihat gelombang teknologi baharu yang berhubung dengan pemandu dan penumpang bersama kenderaan mereka bagi pengalaman yang lebih baik serta mesra pengguna,” katanya.

Auto New Bavaria BMW i terletak di tingkat satu bangunan Auto Bavaria di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. BMW i baharu itu menampilkan identiti jenama baharu, perabot dan kelengkapan mengikut standard penjenamaan tersebut.

Ruang berkenaan  turut mempamerkan model sport hibrid pertama dunia, BMW i8 dengan  BMW i Wallbox, aksesori pengecas yang dipasang pada dinding untuk BMW i.

Pengarah Urusan Auto Bavaria, Jeffrey Gan berkata pembukaan pusat berkenaan akan memberi keyakinan kepada pemilik BMW i8 dengan tawaran perkhidmatan yang terbaik.

“Ia merangkumi khidmat servis dan temu janji, membaik pulih kenderaan serta bantuan jalan raya dengan perkhidmatan mengecas mudah alih khusus untuk pemilik daripada BMW i Mobile Care Centre,” katanya.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button