Buletin

PUSPAKOM LANCAR KEMPEN PEMERIKSAAN KENDERAAN SUKARELA SECARA PERCUMA BERMULA 26 OGOS – 1 SEPTEMBER 2023

Sempena cuti sekolah, PUSPAKOM baru-baru ini melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma pada 26 Ogos sehingga 1 September ini.

Kempen dikenali sebagai ’Free VVI’ (Voluntary Vehicle Inspection) ini ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian khususnya bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh seperti balik ke kampung atau pergi bercuti.

Tanda pagar #drivesafenoregrets yang sudah sinonim dengan kempen ini bertujuan mengingatkan masyarakat terutamanya pemandu kenderaan untuk memastikan agar kenderaan mereka dalam kondisi terbaik sebelum memulakan perjalanan.

Pemilik kenderaan boleh mendapatkan pemeriksaan percuma dengan hanya hadir secara walk-in ke mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selain itu, penduduk sekitar Ampang berpeluang mendapatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma menggunakan Unit Bergerak PUSPAKOM yang akan berada di Lotus Ampang pada 26 Ogos 2023 dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kempen pemeriksaan percuma ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan di samping mengalakkan melakukan pemeriksaan kenderaan secara berkala.

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela ini tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu pemeriksaan bahagian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap serta banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti media sosial Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd, Instagram puspakom_ontheroad atau TikTok puspakomofficial.

Google ads
Back to top button