
PROTON X90 TERBAKAR BUKAN DISEBABKAN LETUPAN BATERI HIBRID
Proton Holdings Bhd (PROTON) menjelaskan Proton X90 yang terbakar seperti dipaparkan dalam video yang tular semalam bukan disebabkan letupan bateri hibrid ringan (48v) model berkenaan.
Menerusi video tular berdurasi kira-kira 3 minit, Proton X90 berkenaan dilihat terbakar di bahagian dalaman.
Dalam satu kenyataan di media sosial rasminya, PROTON berkata, pengeluar kereta nasional itu mengambil maklum berhubung insiden terbabit dan kereta berkenaan sudah berada dalam simpanan syarikat itu.

“Pasukan kami sedang menjalankan siasatan dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian.
“Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada letupan disebabkan oleh bateri hibrid ringan Proton X90,” katanya.
Tambahnya lagi, PROTON memahami kebimbangan dan memohon kerjasama orang ramai untuk tidak terbabit dalam perbincangan spekulatif.
“Kami ingin menekankan bahawa siasatan masih diteruskan. Di PROTON, kualiti dan keselamatan produk kami adalah keutamaan.
“kami ingin meyakinkan pengguna bahawa semua model Proton dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi.” “Setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan,” jelasnya. – Careta
- BACA: INI KOS SERVIS PROTON X90, SUV 7 TEMPAT DUDUK. HARGA BERMULA RM 244.51
- BACA: PROTON X90 SKOR 5 BINTANG UJIAN PERLANGGARAN ASEAN NCAP
- BACA: PROTON X90 FLAGSHIP, 1.5 TGDI 188 KUASA KUDA & 300NM TORK
- BACA:PROTON X90 TERIMA 5,000 TEMPAHAN SEJAK MEI 2023. VARIAN FLAGSHIP PALING LARIS, 500 UNIT SUDAH DISERAHKAN KEPADA PELANGGAN









