Motosikal

QJMOTOR ATR 150 LANCAR DI  MALAYSIA MEI INI

Pasaran skuter ‘adventure’ tempatan akan dimeriahkan lagi dengan model baharu kali ini menerusi QJMotor ATR150. 

Menurut sumber, pengedar rasmi QJMotor, MForce Bike Holdings akan memperkenalkan ATR150 itu di Malaysia Autoshow 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 26 Mei depan.

Bagaimanapun, harga jualan bagi model baharu itu belum lagi diumumkan buat masa ini.

Untuk rekod, skuter urban adventure itu dipacu enjin satu silinder 150cc SOCH dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 16hp pada 8,500rpm dan 15Nm pada 6,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi automatik CVT seperti skuter konvensional lain. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk penghadang angin boleh laras, pencahayaan LED penuh, panel meter digital LCD, dan ABS dwi-saluran.

Menariknya, seperti pesaing terdekat Honda ADV160, ATR150 ini turut dilengkapi dengan sistem ‘traction control’ sementara tangki pula boleh memuatkan 8L petrol. 

Sebagai sebuah skuter adventure, QJMotor ATR150 ini hadir dengan tayar 14-inci depan dan 13-inci belakang serta berat sekitar 132kg. 

Google ads
Back to top button