
QUARTARARO BELUM PUTUSKAN PASUKAN MANA SELEPAS KONTRAK PETRONAS SRT TAMAT PADA 2020
Pelumba yang sedang meningkat naik dalam kancah MotoGP hari ini sudah tentunya adalah Fabio Quartararo. Kontrak dua tahun yang ditandatangani bersama pasukan Petronas SRT akan berakhir pada musim 2020 dan dikatakan banyak pasukan sudah “mengintai’ pelumba muda untuk diserapkan dalam pasukan masing-masing.
Pengurus peribadi Fabio Quartararo, Eric Mehe didakwa sengaja melambat-lambatkan pertimbangan kontrak dengan Yamaha untuk musim 2021. Keputusan tersebut dibuat berikutan prestasi Fabio yang menakjubkan sepanjang musim dan imej pelumba tersebut melonjak ketika beliau pertama kalinya berjaya mendapatkan posisi hadapan dalam pembukaan perlumbaan di Jerez.
Dikhabarkan bukan hanya Yamaha yang berminat dengan Quartararo
“Semua pasukan mahu Fabio. Sejak Mei lau, strategi saya ialah menangguhkan perbincangan. Saya tak mahu tetapkan masa depan dia 18 bulan lebih awal, lebih-lebih lagi beliau hanya enam bulan dalam MotoGP. Saya akan pastikan beliau mendapat pakej terbaik kerana nilai beliau telah meningkat,” ujar Eric Mehe.
Namun begitu, jika melihatkan prestasi semasa, sudah tentu Yamaha adalah pasukan yang paling sesuai di mana beliau berpeluang mendapat spesifikasi Yamaha M1 spec A yang lebih baik.
Lin Jarvis juga pernah memberi komen tentang Quartararo di Motegi beberapa minggu lalu “Fabio selesa dengan Yamaha, jadi saya fikir, keputusan terbaiknya adalah kekal bersama Yamaha.”
Dalam situasi berbeza, cuba bayangkan ada pasukan yang sanggup memberikan kerusi mereka kepada Quartararo dengan harapan dapat menyekat kemaraan pasukan Factory Yamaha.
Bayangkan pasukan seperti Honda atau Ducati menawarkan gaji berlipatkaliganda dari yang dinikmati Fabio sekarang dengan pakej motosikal yang lebih baik.
Ini kerana majoriti kontrak pelumba Factory (dan satelit) akan tamat pada 2020 dan katakan Honda mahu gantikan Fabio dengan Jorge Lorenzo atau Ducati mahu gantikan Petrucci.
Ya. bayangkan, senarionya.
Yamaha makin ke belakanglah jawabnya…