BuletinMotosikal

DUCATI STREETFIGHTER V4, MOTOR NAKED PALING BERKUASA DI DUNIA!

Ducati Streetfighter V4 akhirnya dilancarkan secara rasmi dengan menggunakan enjin V4 Panigale sebagaimana versi supersportnya.

Dengan rekaan yang agresif, dua winglet di sisi yang pertama pada sebuah motosikal naked dan lebih penting, model ini dibangunkan dengan sentuhan divisyen Ducati Corse, bahagian perlumbaan syarikat dari Borgo Panigale, Itali ini.

Model ini dipasangkan dengan enjin Stradale V4 1.103 cc. Dengan hamburan kuasa 208 kuasa kuda

Streetfighter V4 ini juga dipasangkan dengan pakej elektronika yang lengkap sepertimana varian Panigale dengan fungsi seperti Traction Control dengan IMU, Wheelie Control System, dan Cornering ABS. Juga dipadankan dengan Quickshifter upshift & downshift dan Engine Brake Control System.

Lampu hadapannya direka rendah (dah macam Kawasaki Z naked kan?). Ia dipasangkan di sisi fork depan dan kelihatan cukup “bengis” dengan padanan DRL dengan LED.

Tidak seperti Panigale yang ditunggang dengan kedudukan perlumbaan, streetfighter lebih santai dengan kedudukan tegak. Ia lebih rendah dari Panigale 25mm dan bar hendal lebih tinggi.

Harga jualan untuk Streetfighter V4 2020 ini ialah €19.990. Dan untuk versi V4S pula ialah €22.990 dengan tambahan suspensi Ohlins depan dan belakang  dan  rim aluminium forged dari Marchesini Italia

Spesifikasi

Ducati Streetfighter V4

  • Warna = Ducati Red dan dark grey frame dengan black wheels
  • Enjin 1.103 cc Desmosedici Stradale
  • 16-litre aluminum tank with under-seat extension
  • Fully adjustable 43 mm Showa Big Piston Fork (BPF)
  • Fully adjustable Sachs monoshock
  • Sachs steering damper
  • Braking system with Brembo Stylema mono bloc calipers
  • Pirelli Diablo Rosso Corsa II tires (rear 200/60)
  • ‘Biplane’ wing configuration
  • Latest-generation electronics package with 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU):
  • ABS Cornering EVO; Ducati Traction Control (DTC) EVO 2; Ducati Slide Control (DSC);
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO; Ducati Power Launch (DPL); Ducati Quick Shift
  • Up/down (DQS) EVO 2; Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Keys for fast level changes
  • Full-TFT 5” screen
  • Riding Modes (Race, Sport, Street)
  • Full-LED headlight with DRL
  • Two-seater configuration
  • Ready for Ducati Data Analyzer+ GPS (DDA+ GPS) and Ducati Multimedia System (DMS)

Ducati Streetfighter V4 S

  • Warna = Ducati Red with dark grey frame and black wheels
  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
  • Öhlins NIX-30 forks with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Öhlins TTX 36 shock absorber with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Öhlins steering damper with Öhlins Smart EC 2.0 control system
  • Forged aluminum Marchesini wheels
Google ads
Back to top button