Buletin

RAIKAN FORD TRUCK MONTH DENGAN TAWARAN HEBAT

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan jenama Ford di Malaysia melancarkan ‘Ford Truck Month’ dengan penjimatan dan tawaran hebat.

Maka inilah masa terbaik untuk menjadi pemilik trak paling laris di dunia – Ford Ranger.

Mulai sekarang sehingga 31 Oktober, SDAC menawarkan rebat tunai eksklusif sehingga RM6,000 serta hadiah-hadiah menarik (empat helai kemeja-t ‘Built Ford Tough’) apabila menempah Ford Ranger WildTrak. Beberapa buah Ford Ranger akan membuat penampilan di Sabah dan Sarawak pada bulan ini.

Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat trak-trak tersebut di City One Megamall, Kuching dari 5-6 Ogos dan di Imago KK Times Square, Kota Kinabalu dari 26-27 Ogos, malah boleh mengambil bahagian dalam sesi pandu uji Ranger merentasi halangan.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun trak Ford yang ke-100 sejak ia mula mengukir nama dalam sejarah industri automotif pada 29 Julai, 1917 sebagai trak pikap paling ikonik.

Ranger dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan seperti Electronic Stability Control (ESC), Traction Control, Adaptive Load Control dan banyak lagi. Ia juga dipasang dengan sistem ketersambungan terkini, SYNC 3 untuk pemanduan lebih pintar.

Ranger didatangkan dalam enam warna termasuklah oren, kelabu, biru, putih, dan hitam. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button