
RAIKAN PEMANDUAN DENGAN MAZDA DI SETIA ALAM!
Bermaz Motor kini menganjurkan siri jelajah “Let’s Celebrate Driving” di Setia City Mall bermula 27 April 2017 dan padu uji di Setia City Convention Centre mulai 28 April 201 hingga 1 Mei 2017.
Pada acara tersebut, orang ramai boleh melihat lima model Mazda yang baru dilancarkan iaitu MX-5 RF, CX-9 serta Mazda3, Mazda6 dan CX-3 yang kini dilengkapi ciri GVC. Anda juga boleh memandu uji dan merasai sendiri bagaimana GVC mampu meningkatkan keseronokan memandu. GVC atau G-Vectoring Control ialah teknologi baharu Mazda dalam Skyactiv Vehicle Dynamics.

Mazda3 kini boleh didapati pada harga bermula RM99,000. Sementara kereta terpakai Mazda Anshin pula ditawarkan pada harga bermula RM60,000 seunit. Terdapat banyak aktiviti menarik disediakan untuk semua. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baucar Bonanza Mazda berjumlah lebih RM500,000 dan pelbagai hadiah menaik!
Dalam perkembangan berkaitan, Bermaz Motor telah melanjutkan jaminan kilang dari tiga kepada lima tahun. Jadi, semua kenderaan Mazda yang didaftarkan mulai 1 Febuari 2017 layak menerima jaminan tersebut bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Jaminan itu merangkumi semua model kecuali trak pikap BT-50.








