Artikel PilihanBuletin

RAK BASIKAL UNTUK HONDA CIVIC TOURER

Diinspirasikan oleh penerimaan positif pengguna terhadap konsep gaya hidup aktif Civic Tourer yang dipamerkan pada acara Frankfurt Motor Show 2015, Honda bakal melancarkan sistem mengangkut basikal baharu.

Honda-Civic-Tourer-bicycle-rack-mekanika (7)

Sistem rak basikal binaan dalam yang inovatif itu membolehkan pengguna mengangkut dua basikal saiz penuh di ruang kargo. Ia juga dapat meningkatkan aspek keselamatan dan penjimatan bahan api berbanding rak yang dipasang pada bahagian belakang atau bumbung kenderaan.

Ditawarkan pada harga £285 (RM1,500) dan tambahan  £150 (RM777) untuk basikal kedua, rak basikal ini boleh didapati di pengedar Honda terpilih di United Kingdom mulai Oktober 2016.

Honda launches In-Car Bicycle Rack for Civic Tourer

Rak itu menggunakan sepenuhnya ruang kargo Civic Tourer dan kedudukan tangki minyaknya yang unik. Sistem yang fleksibel ini menawarkan kombinasi penumpang dan basikal yang berbeza.

Lebih menaik lagi, rak tersebut boleh digabungkan dengan aksesori Honda sedia ada. Misalnya pelindung but lip, jaring sisi pada but dan bar bumbung. Sekali gus menjadikan Civic Tourer sebuah kereta yang lebih versatil untuk gaya hidup aktif.

Honda launches In-Car Bicycle Rack for Civic Tourer

Rak itu dijangka melakukan debut pada acara perlumbaan  basikal 99th Giro d’Italia di Turin Itali tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button