
RAKAN MODENAS, BAJAJ AUTO PILIH THAILAND SEBAGAI PUSAT R&D UNTUK PASARAN ASIA TENGGARA
Bajaj Auto mahu meningkatkan jualan ke pasaran eksport dan bagi tujuan itu, syarikat tersebut merancang untuk menubuhkan operasi di negara lain. Bajaj Auto melihat potensi di pasaran Asia Tenggara. Salah satu negara yang disasarkan oleh jenama dua roda ialah Thailand.
Pengarah Urusan Rajiv Bajaj, Bajaj Auto berkata pada Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini bahawa Thailand adalah pusat automotif yang berpotensi bagi pasaran produk dua dan empat roda Bajaj.
Oleh itu, jenama dua roda itu merancang untuk menyiapkan prospek jualan, menubuhkan pusat reka bentuk dan membekalkan kakitangan R&D di Thailand. Menubuhkan kilang pemasangan di Thailand ini membantu menjimatkan kos cukai, dan membolehkan Bajaj menjual produknya pada harga yang kompetitif.
Bajaj Auto baru-baru ini mengumumkan jumlah jualan tahun ke tahun bagi bulan Ogos 2018. Syarikat itu melaporkan catatan 437,092 unit jualan pada Ogos 2018 berbanding 335,031 unit dalam bulan yang sama tahun lalu. Ia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus.
Keseluruhan perniagaan domestik menyaksikan pertumbuhan sebanyak 27 peratus manakala eksport meningkat sebanyak 35 peratus.
Malah, syarikat itu mencatatkan jualan bulan tertinggi pada pasaran eksport untuk segmen Kenderaan Komersil yang menyaksikan pertumbuhan 67 peratus.
BACA: BAJAJ PULSAR DENGAN ENJIN SUZUKI CARRY!
Bajaj Auto merancang untuk memulakan penghantaran produk ke Thailand dalam beberapa bulan akan datang. Rajiv Bajaj berkata pada mesyuarat itu, Bajaj akan membuka pejabat pemasaran dan penjualan di Bangkok untuk tujuan tersebut.
“Kami akan mempunyai pejabat pemasaran dan jualan di Bangkok untuk menangani kawasan tersebut. Kami ingin mempunyai pejabat rekabentuk di sana. Kami fikir Thailand adalahpasaran yang berpotensi besar untuk produk dua dan empat roda baru. Kita perlu mengukur nadi pasaran, jadi kita perlu meletakkan beberapa jualan, reka bentuk dan kakitangan R& kita di sana.,” ujar beliau.
BACA: BAJAJ METERAI KERJASAMA DENGAN TRIUMPH
Syarikat itu juga mensasarkan peningkatan dalam pasaran negara ASEAN. Rajiv Bajaj berkata perkongsian Syarikat di Malaysia, Modenas adalah yang paling penting. Melalui perkongsian baru ini, Bajaj akan dapat menyelaraskan kos pengeluaran sehingga 40 peratus, sekali gus mengurangkan jumlah kos dan menawarkan produk dengan harga yang kompetitif daripada paras semasa.