Buletin

#RamadanWithShell BERI PELUANG PENIAGA BERNIAGA DI STESEN MINYAK SHELL SEPANJANG RAMADAN

Shell Malaysia dilihat terus mencari jalan untuk membantu komuniti tempatan di mana ia beroperasi. Inisiatif terkini Shell, #RamadanWithShell memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menjual hasil masakan mereka di stesen minyak shell. 

Inisiatif itu menawarkan peniaga tempat untuk memasarkan produk sepanjang tempoh sukar ini dan membawakan hidangan Ramadan kepada pelanggan Shell. 

Bermula 4 hingga 23 Mei 2020, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai hidangan tempatan seperti nasi campur, nasi beriani, asam laksa, kuih-muih, murtabak, bubur lambuk dan minuman di 950 stesen minyak Shell seluruh negara. 

Pelanggan juga boleh membeli barangan secara kombo dengan Shell SELECT dan deli2go pada harga promosi serendah RM6. 

Antara pemilik stesen Shell yang menyertai #RamadanWithShell ialah Siti Zubaidah di Pontian, Johor.

“Apabila diberitahu tentang kempen #RamadanWithShell, terus saya teringat kepada kuih-muih yang dijual oleh Azizah. Kuihnya memang sedap dan saya teruja untuk menawarkan platform jualan untuk Azizah,” kata Zubaidah. 

“Saya sangat berterima kasih kepada Puan Zubaidah dan Shell kerana menjemput saya menjual kuih-muih sepanjang bulan Ramadan ini.

“Dengan pelaksanaan PKP, perniagaan kecil seperti saya memang susah nak hidup. Inisiatif Shell ini memang sangat dialu-alukan,” kata Azizah yang merupakan seorang ibu tunggal lima orang anak.  

Selain pelbagai juadah tempatan yang ditawarkan di stesen minyak Shell seluruh negara, 100 buah stesen juga berkolaborasi dengan foodpanda untuk menghantar makanan kepada pelanggan. 

Dalam tempoh promosi, pelanggan Shell SELECT yang membuat tempahan menerusi foodpanda dengan kod ‘SHELLRAMADAN’ akan menikmati diskaun sebanyak 30% ke atas semua barangan  Shell SELECT di Pandamart untuk pembelian minimum RM15. 

Tags
Google ads
Back to top button