Artikel PilihanMotosikal

UMC ZERO XP – STREETFIGHTER NAKED BERKUASA ELEKTRIK DARI MASA DEPAN

Kalau anda masih terfikir macam mana rupa motosikal pada abad akan datang mungkin UMC Zero XP inilah jawapannya. Ia merupakan hasil rekaan Hugo Eccles, seorang pereka industry yang juga merupakan salah seorang pengasas syarikat Untitled Motorcycles. Syarikat ini telah menghasilkan sejumlah  model-model pelik bermotifkan karya seni dengan elemen klasik.

Setakat ini mereka pernah menghasilkan 34 buah motosikal unik. 33 model terdahulu memang mempunyai ciri klasik tetapi model ke-34 ini seolah-olah dihantar khusus dari masa depan untuk kita semua. Majalah Motorcycle menyifatkan motosikal ini sebagai motosikal elektrik terbaik yang sedang diproduksikan.

Eccles turut menyatakan yang motosikal ini masih dalam peringkat prototaip terakhir dan angka yang diberikan kedengaran sangat mendebarkan. Zero XP in mampu memecut dari 0-200 km/j tanpa satu tukaran gear dan kuasa pecutannya adalah seperti pecutan yang dirasakan dalam sebuah pesawat jet.

Malah dinilai dari rupa parasnya motosikal ini memang kelihatan serius sama seperti sebuah jentera streetfighter naked cuma tanpa enjin konvensional. Memggantikan tempatnya ialah bateri 14.4 kWh dan sistem suspensi. Sebahagian kerangka dihasilkan daripada aluminium gred aeroangkasa dan polimer CNC yang kemudiannya digandingkan dengan suspensi depan Showa.

Rim yang diperbuat daripada aloi tempa kemudiannya dipasang dengan tayar Pirelli Diablo Superbike memang memberikan efek yang berbeza untuk sebuah jentera berkuasa elektrik.

Tempat letak tangki bahan api konvensional kini digantikan dengan bahagian polimer yang menempatkan unit paparan sesentuh. Canggih bukan. Bahagian bukan aluminium telah dicat dengan cat khas aeroangkasa (Aerospace Material Specification – AMS-36375) yang dinamakan Ghost Grey sama seperti cat pesawat terbang. Penggunaan lampu-lampu LED memberikan efek seperti perayaan pada motosikal ini.

Dengan 110 hp kuasa maksima dan 190 Nm tork, motosikal elektrik ini mampu bergerak sejauh hampir 200 kilometer sekali cas penuh tanpa aksesori. Boleh tahan jugak untuk sebuah superbike elektrik.

Google ads
Back to top button