Buletin

KUASA FORD FIESTA ST200

Ford baru-baru ini memperkenalkan hot hatch Fiesta ST yang lebih berkuasa, Ford Fiesta ST200. Ia dijana oleh enjin EcoBoost bersesaran 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 200hp dan tork 290Nm!

Ford-Fiesta-ST200-mekanika (3)

Disifatkan sebagai model produksi Fiesta paling berkuasa setakat ini, jentera tersebut boleh memecut dari 0 hingga 100jm/j dalam masa cuma 6.7 saat.

Bahagian luarannya tampil eksklusif menerusi warna kelabu, rim aloi matte berwarna hitam bersaiz 17 inci, kemasan dalaman yang istimewa dan tempat duduk separa kulit kulit Charcoal Recaro. Sementara angkup breknya pula diwarnakan merah.

Ford-Fiesta-ST200-mekanika (7)

Sama seperti Fiesta ST, kualiti pengendalian dipertingkatkan melalui beberapa ciri. Antaranya, Torque Vectoring Control, tiga mode Electronic Stability Control, stereng rekaan khas, talaan unik pada pegas gegelung, peredam hadapan dan belakang serta banyak lagi.

Ford-Fiesta-ST200-mekanika (6)

Produksi Fiesta ST200 akan bermula pada Jun depan. Penghantaran kepada pelanggan dibuat mulai musim panas. Fiesta ST telah dilancarkan pada tahun 2013.

Ford-Fiesta-ST200-mekanika (4)

Sehingga kini, lebih 30,000 unit Fiesta ST sudah berjaya dijual di pasaran Eropah.

Google ads
Back to top button