
RASMI: AVETA LANCAR NOVA 200 BAHARU – RM8,488
AVETA dengan rasminya melancarkan Aveta Nova 200 baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM8,488.
Nova 200 ini merupakan model baharu dalam keluarga Nova yang ketika ini merangkumi Nova 125, Nova 160 SE dan Nova 250.

Atas kertas, Nova 200 dikuasakan enjin satu silinder 183.3cc SOHC yang berupaya menjana 18hp pada 8,000rpm dan 17.6Nm pada 5,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.
Seperti Nova 160 SE, ABS dual-channel dan traction control juga didatangkan secara standard.

Dalam pada itu, Nova 200 ini turut menawarkan sistem tanpa kunci (keyless), slot pengecas UBS Type-A dan Type-C, tangki bahan api berkapasiti 10L, fungsi ISS (Idling Stop System), penyerap hentak belakang boleh laras (preload) serta tempat duduk yang sporty.
Nova 200 juga dilengkapi dengan lampu LED penuh dengan DRL (daytime running light) yang terang.

Menariknya, meskipun dilengkapi dengan enjin lebih besar namun Nova 200 ini hanyalah 112kg sama seperti Nova 160 SE dan mampu menampung berat sehingga 150kg.
AVETA meawarkan Nova 200 ini dengan tiga warna pilihan, Nordic Blue, Nano Grey dan Neon Pulse.
GALERI: AVETA NOVA 200




















