
RASMI: YAMAHA YZF-R25 GENERASI TERBARU LANCAR DI MALAYSIA – RM23,098
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamaha YZF-R25 baharu untuk pasaran tempatan selepas pelancaran global setahun yang lalu.
Bagi pasaran tempatan, R25 ini boleh didapati dengan harga jualan RM23,098 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Seperti jangkaan, R25 keluaran 2025 ini menawarkan pelbagai ciri yang sama dengan R3 kecuali trenkuasa yang dipacu enjin dua silinder (parallel-twin) 249cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 35.5hp pada 12,000rpm dan 23.6Nm pada 10,000rpm. Angka kuasa terbaru itu menunjukkan peningkatan berbanding 35.4hp dan 22.6Nm yang dihasilkan generasi sebelum ini.

Meskipun begitu, perubahan ketara terarah kepada reka bentuk yang tampil lebih segar dan agresif ekoran mengikut acuan sama seperti YZF-R9 serba baharu. Hasilnya, lampu depan kini lebih tirus dan dipadankan dengan DRL (daytime running light).
Sementara itu, meskipun masih lagi mengekalkan kerangka yang sama namun R25 versi 2025 ini adalah 3kg lebih ringan dengan 166kg dan memuatkan tangki bahan api berkapasiti 14L.

Antara ciri lain ditawarkan secara standard termasuk:
- lampu LED penuh depan dan belakang
- meter digital LCD dengan Shift Timing Light
- killswitch baharu
- fork USD depan,
- tayar 110/70-17 depan
- tayar 140/70-17 belakang
- ABS
- Yamaha Y-Connect
GALERI: YAMAHA YZF-R25 2025




















