
RAPIDO PERKENAL TIGA PRODUK BERPRESTASI TINGGI UNTUK PASARAN MALAYSIA
Rapido Malaysia menghadirkan berita gembira buat peminat tempatan apabila memperkenalkan tiga produk terbaru yang menjaminkan peningkatan prestasi bagi motosikal terpilih.
Turut memeriahkan acara adalah kehadiran dua pelumba Moto3 dari pasukan BOE Motorsports, Cormac Buchanan dan Ruche Moodley.

Produk yang diperkenalkan itu merangkumi Rapido 628 CNC Casting Rim untuk Yamaha NVX V3 yang merupakan rim sukan berprestasi PNP (plug-and-play) pertama seumpanya yang direka khas untuk kegunaan jalan raya tanpa perlunya melakukan sebarang modifikasi.

Menurut Rapido Malaysia, rim tersebut dibangunkan sepenuhnya menggunakan teknologi CNC casting yang tepat dan menawarkan tahap ketahanan tinggi selain meningkatkan tahap kawalan jentera.
Selain itu, Rapido turut memperkenalkan Rapido x CKJ Racing Ultra-Right Racing Pulley Pin yang dibangunkan bersama tuner profesional dari CKJ Racing yang berpengalaman. Pulley serba ringan ini mengurangkan rotational mass sekaligus memperbaiki respon throttle dan pecutan jentera.

Seterusnya adalah Rapido x CKJ Racing Front Fork Spring yang merupakan suspensi berprestasi tinggi yang bukan hanya menawarkan kawalan rebound terbaik malah turut mempertingkatkan kestabilan jentera di selekoh.
Dalam perkembangan sama, tahun 2025 juga menandakan langkah signifikan bagi Rapido Malaysia apabila menyertai kejuaraan dunia Moto3 menerusi kerjasama dengan BOE Motorsports.

Usahasama itu secara langsung menandakan inisiatif Rapido Malaysia untuk mempertingkatkan kredibiliti kejuruteraan bukan sahaja di peringkat domestik malah antarabangsa.


