
NISSAN LANCAR GT-R T-SPEC 2022. TERHAD 100 UNIT UNTUK JEPUN, BERMULA RM600K
Nissan Motor Co. Ltd hari ini secara rasmi melancarkan dua varian baharu jentera sport GT-R. Terhad kepada 100 unit dan hanya dijual di Jepun, ia hadir dalam varian GT-R Premium Edition T-Spec dan GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec.
Bakal berada di pasaran pada Oktober depan, kedua-dua varian tersebut menerima beberapa bentuk penambahbaikan. Antaranya ialah brek karbon seramik, spoiler belakang gentian karbon, penutup enjin, serta emblem edisi khas pada bahagian depan belakang.

Untuk menjadikannya lebih istimewa, ia hadir dalam dua warna iaitu ungu (midnight Purple) dan hijau muda (Millennium Jade) yang pernah digunakan pada generasi terdahulu GT-R. Cat itu diinspirasikan daropada perubahan warna aurora borealis.
Menurut Nissan, GT-R Premium Edition T-Spec dilengkapi rekaan dalaman kabin eksklusif, rim aloi tempa berwarna gangsa daripada Rays dan sistem suspensi yang lebih ringan. Rim dan tayarnya juga lebih lebar untuk pengendalian mantap. Tempat duduk menerima jahitan baru yang eksklusif.
Varian GT-R Track Edition Engineered by NISMO T-Spec pula dipasang dengan trunk lid dan bumbung yang dihasilkan daripada gentian karbon.

Kedua-dua model tersebut menggunakan khidmat enjin petrol V6 turbo bersesaran 3.8 liter yang mampu menjana kuasa 562hp (Premium Edition) dan 592hp bagi versi Track Edition.
Peminat tegar GT-R di Jepun boleh memiliki GT-R Premium Edition T-Spec pada harga bermula 15,904,900 yen (RM599,877). Manakala Track Edition engineered by NISMO pula berharga 17,881,600 yen (RM674,431) seunit.
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R34 V-SPEC II NUR UNTUK DILELONG. BARU 10 KM PERBATUAN SAJA
- BACA: YOUTUBER SEWA MALL UNTUK LUMBA DRAG. GT-R VS VEYRON,MANA SATU CHAMPION?
- BACA: NISSAN DEDAH VIDEO RESTORASI R32 GT-R. KOS CECAH RM1.7 JUTA!
- BACA: SELESAI CATAT REKOD PALING LAJU DI KANADA, GT-R 3,300HP BERNILAI RM2.7 JUTA TOTAL LOSS
GALERI