Buletin

REBAT ISTIMEWA UNTUK EV RENAULT ZOE – KINI HANYA RM127,888 SEUNIT! 

Sempena sambutan Hari Sifar Emisi pada hari ini, TC Euro Cars, pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia menawarkan satu promosi istimewa untuk tiga unit kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault ZOE.

Promosi itu menawarkan rebat menarik sebanyak RM18,000 ke atas  Renault ZOE serta keahlian percuma ChargEV selama tiga tahun. 

Ia membolehkan pelanggan untuk mengecas Renault ZOE di mana-mana stesen pengecasan awam yang sah. Rangkaian ChargEV yang terus berkembang kini mempunyai lebih daripada 150 buah stesen di seluruh negara.

Renault ZOE dijual pada harga RM145,888 seunit. Selepas ditolak dengan rebat, ZOE kini hanya berharga RM127,888 Satu unit pengecas 3.6 kWh Delta yang dipasang pada dinding turut termasuk dalam pembelian. 

Penyelesaian Renault untuk mobiliti Sifar Emisi

Direka sepenuhnya sebagai sebuah kenderaan elektrik sebenar, Renault ZOE tidak mengeluarkan   sebarang gas CO2, NOx, CO atau partikel-partikel halus. Ia juga tidak menghasilkan bau yang tidak menyenangkan atau bunyi enjin ketika dipandu.

Motor elektrik segerak dengan gegelung rotor menawarkan kuasa maksimum 88PS dari 3,000 hingga 11,300rpm, selain tork puncak 220Nm dari serendah 250rpm.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion 22kWh, tempoh mengecas penuh ZOE adalah di antara empat jam menggunakan pengecas pantas 7kW dan sehinggalah sembilan jam untuk pengecas biasa 3.6kW. Apabila dicaj penuh, Renault ZOE mempunyai jarak pemanduan sejauh 210km (berdasarkan kepada kitaran NEDC).

ZOE dilengkapi paparan skrin sentuh Renault R-Link bersaiz tujuh inci dengan ketersambungan USB, kit Bluetooth bebas tangan dan pemain muzik. Di samping sistem kemasukan tanpa kunci dengan pintu akan dikunci secara automatik dan soket kuasa 12V sebagai ciri standard.

Ia juga hadir dengan kawalan jelajah, pengehad kelajuan, kawalan suhu automatik bersama alat pengesan suhu dan kelembapan, penggilap cermin dan lampu utama automatik serta lampu nyalaan siang.

Ruang penyimpanan barangnya luas dengan kapasiti 338 liter dan boleh ditambah menjadi 1,225 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Ciri keselamatan standard termasuklah empat beg udara – dua di hadapan dan dua di bahagian kepala / dada pemandu dan penumpang, ABS dengan EBD, ESC dan ASR, tali pinggang keledar tiga poin boleh laras ketinggian bersama ciri pra-regangan, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada tempat duduk belakang serta kerusi penumpang hadapan.

Mereka yang berminat untuk memiliki Renault ZOE boleh menghubungi Pasukan Korporat TC Euro Cars – Ms Esther Chiah di talian: 03-7956 1044 (ext. 420) atau e-mel ke: [email protected].

Google ads
Back to top button