Artikel PilihanModifikasi

KISAH SI LEED : PENCINTA HONDA

Fazli atau nama timangannya Leed adalah kenalan Brader Karrager dan juga Abang Japar yang merupakan seorang pencinta Honda. Darah yang mengalir dalam tubuhnya mempunyai DNA Honda. Sangat mencintai Honda. Cinta kepada Proton adalah juga sikit-sikit. Beliau juga memiliki Proton Satria yang telah disumpah untuk menjadi Satria GTi.

BACA : SEMANGAT PERLUMBAAN – HONDA CIVIC FD2 TYPE-R

BACA : HONDA CIVIC TYPE-R JADIAN

Barang siapa yang pernah menghadiri HIN beberapa tahun sudah, pasti pernah melihat jelmaan Honda Civic Type R berwarna kuning hitam yang dipamerkan di pentas utama ketika itu. Iya, kereta itu adalah milik beliau. Lebih menarik lagi, kedua-dua kereta beliau juga pernah keluar dalam Majalah Kereta.

Bagi yang tidak mengetahui, inginlah dimaklumkan bahawa Honda Civic Type R tersebut bukanlah asli. Menurut kata Leed, ketika itu beliau hanya mampu memiliki sebuah Honda Civic biasa-biasa sahaja sekitar sembilan tahun lepas selepas mendapat kerja sedap di salah sebuah kilang di Johor agaknya. Namun cinta beliau terhadap Type R tidak pernah padam, sama seperti kasihnya kepada isteri beliau. Eceh.

Dan secara beransur beliau mula mengumpul duit untuk membeli beberapa perkakasan asli Type R termasuk jugalah barangan replika Mugen bagi memenuhi kehendak hati tanpa sesekali pun melupakan anak bini.

Penat lelahnya menyiapkan projek modifikasi daripada rupa Civic showroom kepada jelmaan Type R membuahkan hasil apabila keretanya dipilih oleh Honda untuk dipamerkan di pentas utama Honda yang ketika itu merupakan penaja utama. Perasaan seronok tatkala melihatkan kelibatkan warna kuning hitam yang begitu menyerlah. Cuba lari dari kelaziman Type R berwarna putih.

Sesudah itu, timbul pula rasa ingin kembali ke pangkal jalan Type R yang sebenar setelah beliau menyumbat nadi asli FD2R berserta kotak gear manual 6 kelajuan. Barulah feel Type R yang sebenar. Leed pun segera menghantar Honda beliau bagi mengecat semula warna Championship White. Lengkaplah menjadi Type R yang sebenar setelah mengalami proses pengubahsuaian yang sangat panjang.

Namun, tidak lama kemudian hati Leed mula goyang pula setelah melihatkan ada rakan-rakannya yang mula mengacuk Civic USDM. Segera beliau mendapatkan maklumat mengenai berapakah duit dari bank yang perlu dikeluarkan untuk merubah rupa bentuk belakang yang kelihatan berbeza berbanding rupa JDM. Boleh tahan mahal juga harganya setelah diselidik.

Tapi sebagai orang yang lama bermain barangan Type R ini, sudah tentulah Leed berupaya untuk mendapatkan trunk FA5 dengan harga yang sedikit murah. Cuma sabar tu kena betul-betul kuat. Seperti mana Leed, yang menghabiskan masa sembilan tahun untuk menjadikan Civic beliau sesempurna ini. Kereta pun dah habis bayar. Berapa jumlah yang terkorban?

Bukan sikit anak punya habis duit. Sepanjang sembilan tahun berkecimpung dalam arena modifikasi Honda ini, secara puratanya RM10,000 setahun beliau kehabisan wang tanpa mengharapkan pinjaman melalui potongan gaji Biro Angkasa. Bangsa ada duit baru beliau beli peralatan asli Type R yang tidaklah murah mana sebenarnya.

Oh ya, Leed juga sebetulnya turut menyimpan beberapa peralatan Civic beliau di dalam sebuah bilik khas di rumahnya. Katanya sebagai persediannya seandainya berlaku perkara yang tidak diingini memandangkan ketika ini kereta tersebut dipandu oleh isterinya sahaja. Untuk maklumkan juga, Leed turut memiliki sebuah Honda NSR150 dengan cover set Alex Criville yang lebih banyak duduk dalam rumah daripada mencium aspal.

Kalau ada yang bertanya apa kaitannya gambar Dodge Charger hitam tersebut dengan si Leed ini, sebenarnya milik si Leed juga. Leed kini menabur budi dan jasanya di salah sebuah kilang tersohor di Rabigh, Arab Saudi. Kerja sedap. Gaji sedap. Layan V8 pun sedap juga. Minyak murah, cukai pun tak merepek macam kita. Harga V8 beliau cuma sekitar SR111,000 sahaja. Murah lagi dari harga Proton Perdana kita kan?

Sumber Gambar: FB Leedjb FDgarage

Galeri :

Google ads

B K

Back to top button