Buletin

REKAAN PELIK CHEVROLET-FNR

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama Chevrolet di pasaran China, Chevrolet telah memperkenalkan sebuah model yang cukup aneh, Chevrolet-FNR pada malam Gala GM Shanghai, China.

Chevrolet-FNR-mekanika (4)

Chevrolet-FNR ialah sebuah kereta elektrik konsep yang memberi bayangan tentang aspek mobility pada masa depan. Ia dibangunkan oleh Pusat Teknikal Automotif Pan Asia (PATAC) GM di Shanghai.

Chevrolet-FNR-mekanika (5)

Jentera ini menampilkan reka bentuk kapsul yang futuristik. Ia memiliki lampu utama dan lampu belakanag lazer kristal, sepasang pintu unik, roda motor elektrik  tanpa hab magnetic dan satu sistem pengecaj tanpa wayar.

Chevrolet-FNR-mekanika (7)

Chevrolet-FNR juga sarat dengan rangkaian teknologi yang biasanya hanya dapat dilihat dalam filem sains fiksyen. Antaranya termasuklah alat pengesan dan radar pada bahagian bumbung yang boleh memetakan persekitaran untuk tujuan pemanduan berautonomi, sistem bantuan pintar Chevrolet dan penghidup enjin dengan pengesan iris.

Chevrolet-FNR-mekanika (6)

Dalam mode pemanduan sendiri, tempat duduk hadapan boleh dipusing 180 darjah untuk berhadapan dengan penumpang belakang. Pemandu juga dikatakan boleh bertukar kepada mode pemanduan manual menerusi ciri kawalan gestur.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button