Buletin

VOLKSWAGEN TAIPING DIBUKA

Goh Brothers Motor Sdn. Bhd. (Goh Brothers Motor) baru-baru ini melancarkan sebuah bilik pameran Volkswagen yang baru di Taiping.

Vokswagen-Taiping-mekanika (2)

Terletak di Jalan Simpang, kemudahan 3Situ dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Goh Brothers Motor, Goh Kian Sin dan Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller.

Sejak dilantik sebagai pengedar sah Volkswagen pada 2007, Goh Brothers Motor kini mengendalikan tujuh pengedaran di Malaysia yang kebanyakannya terletak di kawasan utara.

Vokswagen-Taiping-mekanika (8)

“Kami menawarkan kualiti servis yang terbaik sama ada sebelum atau selepas jualan di semua cawangan kami.  Kami memastikan semua juruteknik menghadiri latihan yang telah telah diatur supaya mereka peka dan dilengkapi dengan teknologi serta pengetahuan terkini demi mematuhi standard kejuruteraan Jerman yang digariskan oleh Volkswagen,” kata Goh.

Menurut Keller, pihaknya yakin bahawa Goh Brothers Motor mampu memberikan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan. Sepanjang kerjasama selama lapan tahun, Volkswagen dan Goh Brothers Motor akan terus berpegang kepada janji Volkswagen – Sentiasa Berada di Sisi Anda.

Vokswagen-Taiping-mekanika (1)

“Kerjasama yang kukuh ini akan terus meningkatkan kapasiti kami untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan sedia ada. Selain menarik minat generasi baharu untuk menjadi pelanggan Volkswagen,” jelas Keller.

Bilik pameran dua tingkat seluas 1,342 meter persegi itu mampu memuatkan tujuh buah kenderaan Volkswagen. Ia turut mempunyai sebuah lounge yang selesa dan enam ruang servis. Pusat 3S Taiping menjadi pengedar ketiga dalam senarai pengedaran baharu Volkswagen pada tahun 2015.

Vokswagen-Taiping-mekanika (11) 

Bilik-bilik pameran lain yang diuruskan oleh Goh Brothers Motor terletak di Pulau Pinang (Georgetown dan Juru), Kedah (Kulim, Langkawi) dan Perak (Ipoh).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button