Buletin

CURI LORI BEKAS MAJIKAN. MINTA TEBUSAN,NAK KAHWIN LAGI

Seorang lelaki dari Karangmalang, Setono, Pekalongan Kota, Jawa Tengah sanggup buat apa sahaja demi hendak kahwin.

Lelaki berusia 27 tahun itu bertindak mencuri lori bekas majikan dengan meminta wang tebusan sebanyak 200 juta rupiah (kira-kira RM57,952) jika mahu lori berkenaan dikembalikan semula.

Tindakan nekad tersebut dilakukan semata-mata ingin berkahwin lagi.

Portal Kompas melaporkan lelaki berkenaan turut mengancam membunuh semua ahli keluarga bekas majikannya jika tidak menurut permintaannya.

“Saya tidak memiliki wang, menganggur. Saya perlukan wang untuk berkahwin lagi.

“Justeru, saya terpaksa minta wang tebusan,” katanya ketika memberi keterangan di Balai Polis Pekalongan Kota.

Timbalan Ketua Polis Bandar Pekalongan, Gangsar Subagyo memaklumkan suspek memanjat pagar bagi memecah masuk kawasan bangunan yang menempatkan lori berkenaan.

“Suspek kemudian masuk ke dalam garaj untuk melarikan kenderaan itu dan mengugut pekerja yang menyaksikannya.

“Dia kemudian membuka pintu garaj dan melarikan kenderaan milik bekas majikannya,” katanya.

Pekerja terbabit berusaha mencari suspek dan sebelum menemuinya bersama dua individu di Pasar Grosir Setono.

“Susulan insiden itu, pekerja yang menjadi saksi tampil membuat laporan kepada anggota polis yang mengawal di laluan tol kemudian menahannya.

“Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara,” katanya.- agensi

Google ads
Back to top button