Buletin

NISSAN SERENA S-HYBRID TALAAN IMPUL

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini melancarkan Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL.

Nissan-Serena-S-Hybrid-Tuned-by-IMPUL-mekanika  (2)

Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL kini didatangkan dalam dua varian tambahan iaitu 2.0L IMPUL Highway Star, berharga RM145,578 dan 2.0L IMPUL Premium Highway Star, berharga RM155,863 (harga di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia).

Pasukan pereka IMPUL telah mereka semula bampar hadapan serba baharu. Penampilannya ditingkatkan lagi dengan spoiler bampar belakang, skirt sisi dan spoiler bumbung.

Konsep reka bentuk IMPUL disempurnakan dengan IMPUL chrome sport ducts dan kemasan bonet krom yang meningkatkan lagi tahap daya tarikan estetiknya. Nissan Serena S-Hybrid Talaan IMPUL menjanjikan kawalan yang selamat menerusi rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18’’ dengan kelabu metalik dan kemasan berkilat yang dibalut bersama tayar MICHELIN Pilot Sport 3.

Eksklusif untuk 2.0L IMPUL Premium Highway Star, Serena S-Hybrid menawarkan tempat duduk kombinasi kulit yang dijahit dengan bentuk  permata bersama logo IMPUL pada tempat duduk hadapannya.

“Kami percaya bahawa penampilan segar ini akan memberi nilai tambah kepada kenderaan tersebut. IMPUL kini tidak lagi terhad kepada model sedan, SUV dan crossover, malah MPV juga.” Kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Pelanggan dan pemilik Nissan Serena S-Hybrid CKD sedia ada yang berminat untuk mengubah suai kenderaan mereka dengan pakej IMPUL boleh berbuat demikian, hubungi divisyen IMPUL di talian +603 4047 8786 atau e-mel ke [email protected]

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.impul.com.my

Google ads
Back to top button