Buletin

RENAULT EMBLEME CONCEPT – MUNGKIN INILAH DIA MASA DEPAN RENAULT

Dan untuk itu, Renault Group memperkenalkan model konsep Renault Embleme yang ditayangkan di Paris Motor Show 2024 yang mempamerkan inovasi yang dibangunkan pengeluar dari Perancis ini.

Rekaan luarannya jelas menampilkan ciri aerodinamik yang telah dioptimumkan sebaik mungkin bagi mengurangkan pekali seretan dengan kadar 0.25 sekali gus dapat memotong angin dengan lebih efisen. Ianya dilihat cukup bagus  untuk sebuah model kereta dengan ukuran panjang 4.8 meter serta menggunakan bateri dan sel bahan api di dalamnya.

Rekaan bampar menampikan dua lubang angin yang memanjang di belakang roda bagi membolehkan aliran angin menembusi sekali gus memberikan aerodinamik yang lebih baik. Pada bahagian bawah bampar juga terdapat fungsi gril aktif yang boleh dibuka / ditutup untuk aliran udara yang optimum. Juga terdapat dua sirip pada bonet untuk menyalurkan udara ke arah cermin hadapan.

Aerodinamik kereta ini terus dipertingkatkan lagi dengan penggunaan bahagian bawah yang rata, berinspirasikan jentera F1 dan juga diffuser dari bahagian hadapan untuk mengimbangi aliran udara dan meminimumkan seretan aerodinamik.

Renault Emblème mempunyai rangkaian kuasa elektrik tenaga dwi kuasa yang dikuasakan dalam dua cara: dengan bateri boleh dicas semula “konvensional”, mencukupi untuk kegunaan harian dan oleh sel bahan api hidrogen untuk perjalanan yang lebih jauh.

Berdasarkan platform AmpR Medium, seni bina pacuan roda belakang menempatkan pelbagai komponen powertrain (motor elektrik, bateri, sel bahan api dan tangki hidrogen) sambil mengekalkan pusat graviti yang rendah dan pengagihan berat ideal untuk menggalakkan prestasi dan kecekapan.

Motor elektrik berkuasa 160 kW Emblème ini tidak menggunakan nadir bumi sebaliknya dikuasakan oleh bateri NMC kecil (40 kWj), yang lebih ringan, lebih murah, kurang besar dan lebih mesra alam berbanding kenderaan elektrik keluarga jarak jauh.

Jarak perjalanannya  lebih daripada mencukupi untuk perjalanan harian. Sel bahan api PEMFC 30 kW bergerak menggunakan hidrogen karbon rendah melalui tangki 2.8 kg, memberikan kuasa yang diperlukan untuk perjalanan jauh, dengan kecekapan maksimum sekitar 60%.

Keupayaan bergerak tidak usah dipertikai lagi. Sudah tentu dengan dua kali hentian untuk mengisi bahan hydrogen, kurang lima minit untuk setiap kali hentian ianya mampu mencapai jarak sehingga 700 km untuk dua hentian tersebut. Menarik bukan?

BACA : RENAULT TWINGO BAHARU PADA 2026, KURANG DARIPADA 20 RIBU EURO (RM94 RIBU)!

BACA : RENAULT CAPTUR 2025- LEBIH HENSEM DAN NAMPAK PREMIUM

Google ads

B K

"
"
Back to top button