Buletin

RENAULT KANGOO KINI TELAH MENCAPAI EMPAT JUTA PENGELUARAN

Pengeluar kenderaan terkemuka dari Perancis Renault telah mencapai satu lagi pencapaian pengeluaran yang membanggakan apabila lebih empat juta Renault Kangoo dikeluarkan di kilang Maubeuge.

Kemudahan pengeluaran yang terletak di utara Perancis itu telah mula mengeluarkan model Kangoo semenjak model itu mula diperkenalkan pada akhir 1990-an. Walaupun kilang di Maubeuge telah beroperasi sedari tahun 1969 lagi pernah menghasilkan lebih daripada 20 model terkemuka, namun ianya cukup sinonim dengan model Kangoo ini. Hari ini, lebih daripada 400 uni model Kangoo, termasuk versi santai dan komersial, disiapkan setiap hari – atau satu setiap 90 saat!

Kilang di Maubeuge, yang telah menjadi pusat kecemerlangan LCV, dan telah memulakan pengeluaran Kangoo 26 tahun lalu. Untuk menyediakan kilang itu, Renault melabur lebih €500 juta (RM2546 billion) untuk meningkat taraf peralatan. Ini termasuk pemasangan mesin penekan pemindahan 5,400 tan – salah satu yang terbesar di Eropah serta pengeluaran produksi tinggi berubah-ubah yang pertama seumpamanya.

Kilang tersebut kemudiannya telah menyiapkan model Kangoo ke sejuta pada 2002 dan yang kedua juta pada 2007. Setahun kemudian, tapak itu akan memulakan pengeluaran Kangoo generasi kedua. Pada 2011 Maubeuge mengadaptasikan barisan produksinya untuk mula mengeluarkan varian Kangoo Z.E. Untuk memenuhi permintaan bagi varian Kangoo elektrik pek bateri juga telah mula dipasang semenjak 2021 di Maubeuge.

Pada 2021, kilang itu juga memulakan pengeluaran Kangoo generasi ketiga, dengan Renault melabur €450 juta (RM2291 billion) untuk membaik pulih peralatan di Maubeuge. Ini termasuk penambahan mesin setem XXL Berkelajuan Tinggi dan juga 600 robot bagi pembuatan kerja logam. Aliran logistik juga telah dirombak untuk menampung variasi Kangoo yang berbeza. Kini kilang ini memasang lebih daripada 380 versi pada satu barisan pengeluaran, mengendalikan kira-kira 3,700 produk pada purata hari.

Di UK, Renault Kangoo boleh didapati dalam varian Advance dan Extra, menawarkan pilihan petrol yang cekap, diesel atau 100% trenkuasa elektrik, sama ada format pendek, jarak roda panjang dan juga van krew. Spesifikasi komprehensifnya termasuk sehingga 20 sistem bantuan pemanduan lanjutan, manakala elektrik Kangoo E-Tech mempunyai jarak pemanduan sehingga 300 km (WLTP). Renault Kangoo generasi ketiga ini dijual pada harga bermula £20,250 (RM119,023).

BACA : RENAULT KANGOO 2021 – MAKIN LAWA PULA TENGOK

BACA : RENAULT GRAND KANGOO – LAGENDA KINI KEMBALI DENGAN LEBIH BESAR DAN LEBIH PRAKTIKAL

Google ads

B K

Back to top button