Buletin

RENAULT MEGANE R.S. 275 TROPHY-R

Bagi mereka yang masih mencari-cari jentera untuk kegunaan harian dan kualiti pemanduan cemerlang di atas litar, tawaran terbaharu daripada TC Euro Cars Sdn. Bhd. (TC Euro Cars) memang sesuai untuk anda.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (15)

Direka untuk mereka yang gemar memandu di trek, Renault Megane R.S. 275 Trophy-R nyata menjadi idaman ramai.

Bagi mencapai sasaran dari segi prestasi, pemanduan dan pengendalian, pasukan jurutera Renault berjaya mengurangkan hampir 100kg berbanding Megane R.S. Apa yang pasti, jentera edisi terhad ini menawarkan dinamik dan kecekapan yang telah dipertingkatkan.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (2)

Kemampuan jentera ini diserlahkan menerusi prestasinya di litar Nürburgring Nordschleife yang sering dianggap sebagai litar paling sukar di dunia. Renault Megane R.S. 275 Trophy-R mampu mencapai jarak 20.832 km dalam tempoh kurang lapan minit. Catatan masa yang mengagumkan untuk model produksi pacuan roda hadapan.

Renault Megane R.S. 275 Trophy-R didatangkan standard dengan chasis Cup bersama limited slip differential yang memang terbukti dari segi prestasinya di atas jalan dan jika dipandu di litar.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (12)

Pasukan jurutera berjaya mengekstrak tambahan 10 kuasa kuda daripada enjin Renault Sport 2.0L dengan sistem pengecas turbo itu. Hasilnya, Megane R.S. 275 Trophy-R berupaya menjana kuasa puncak 275hp @  5,500rpm. Manakala tork maksimum 360Nm boleh dinikmati sepanjang julat rev yang lebih lebar, daripada 3,000 hingga 5,000rpm.

Di sebalik penambahan kuasa itu, penggunaan bahan api dan emisi telah dipantau rapi kepada hanya sekitar 7.5 liter/100km dan 174g CO2/km sahaja.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (10)

Renault Megane R.S. 275 Trophy-R turut menampilkan pelbagai peralatan baharu yang dibangunkan hasil kerjasama dengan rakan-rakan berprestij. Antaranya termasuklah  sistem ekzos titanium Akrapovič, peredam boleh laras Öhlins Road&Track, gegelung komposit Allevard dan tayar MICHELIN Pilot Sport Cup 2.

Renault Sport bekerjasama dengan Akrapovic untuk mereka bentuk sistem ekzos titanium khas. Selain mengurangkan berat, sistem ekzos itu memberikan Megane R.S. 275 Trophy-R satu bunyi signatur yang lebih dalam dan garang.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (14)

Bukan itu sahaja, jentera radikal ini dilengkapi peredam boleh laras Road & Track Ohlins yang baru. Diinspirasikan daripada dunia sukan bermotor, evolusi teknologi ini membolehkan para pemandu mengubah suai peredam dengan mudah menggunakan tombol pada satu rig yang dipasang pada peredam.

Menerusi 20 posisi di bahagian hadapan dan 30 di belakang, kereta ini berupaya mengadaptasi apa jua permukaan jalan dan corak pemanduan dengan tepat.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (5)

Para pemandu juga boleh mempelbagaikan ketinggian badan dan karekter Megane R.S. 275 Trophy-R dengan mengubah suai tekanan gegelung komposi Allevard. Gegelung kalis hakisan ini mempunyai jangka hayat lebih lama.

Chasis dan enjin yang terbaik tidak berguna tanpa set tayar yang betul untuk menghubungkannya dengan permukaan jalan raya. Bagi menawarkan potensi sebenar Megane R.S. 275 Trophy-R, Renault telah bekerjasama dengan Michelin untuk membangunkan tayar  Michelin Pilot Sport Cup 2 yang biasanya dipasang pada  supercar sebagai satu ciri standard, buat pertama kalinya untuk model pacuan roda hadapan.

DSC02451

Tayar itu membalut rim Speedline Turini bersaiz 19 inci. Reka bentuk rim baharu yang berasaskan kepada dunia sukan pemotoran itu turut membantu mengurangkan berat kenderaan.

Tablet multimedia R-Link Renault bersama R.S. Monitor 2.0 dan fungsi R.S. Replay serba baharu menjadi ciri standard pada Megane R.S. 275 Trophy-R.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (13)

Penampilan Renault Megane R.S. 275 Trophy-R sama hebat dengan spesifikasi teknikalnya. Badan dengan dua tona, warna putih (Pearlescent White) dan bumbung berwarna hitam (Etoilé black), turut digabungkan dengan splitter gaya jentera F1 berwarna merah terang. Manakala grafik bendera hitam putih pada bahagian sisi pasti menarik perhatian ramai.

Di bahagian kabin, tempat duduk Recaro Pole Position jenis bucket jelas menggambarkan matlamat utama Megane R.S. 275 Trophy-R. Tempat duduk tunggal yang diperbuat daripada polikarbonat itu dicat dengan warna hitam berkilat, bersama upholsteri kulit dan Alcantara. Alcantara juga digunakan pada stereng, tuil gear dan perumah brek tangan.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (7)

Memandangkan Megane R.S. 275 Trophy-R dibina untuk pemanduan di atas trek, tempat duduk belakangnya telah dikeluarkan bagi menjadikannya jentera dua tempat duduk. Satu topang bersilang disediakan sebagai jaring pada ruang kargo. Mereka yang gemar memandu di trek pasti menghargai susun atur but yang direka untuk memudahkan proses membawa empat tayar ganti.

Renault Sport membawakan para peminat tegar satu rangkaian aksesori untuk meningkatkan spesifikasi teknikal Mégane R.S. 275 Trophy-R ke tahap sama dengan jentera yang mencatat rekod di litar Nürburgring.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (8)

Kit brek “Performance” terdiri daripada cakera brek lebih besar berdiameter 350mm, berbanding cakera standard 340mm yang dipasang pada perumah aluminium.  Untuk mengurangkan lagi beratnya, rangkaian aksesori tersebut turut merangkumi sebuah bateri lithium-ion yang 16kg lebih ringan.

Nürburgring Pack terdiri daripada kit brek Performance, bateri lithium-ion, dua unit abah-abah keselamatan Sabelt, empat penutup roda ganti dan satu tali penahan. Semuanya hadir sebagai ciri standard untuk pasaran Malaysia.

Megane-R-S-275-Trophy-R-mekanika (1)

TC Euro Cars hanya menawarkan 10 unit sahaja Renault Megane R.S. 275 Trophy-R edisi terhad. Ia berharga RM300,000 di atas jalan termasuk GST tanpa insurans, untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja. Malangnya, kesemua 10 unit ini sudahpun terjual!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button