Buletin

FORD TAWAR REBAT TUNAI SEHINGGA RM13,000!

Bagi meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58, Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini menawarkan rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 ke atas model-model terpilih di seluruh negara, bermula sekarang hingga 30 September.

Ford-merdeka-promo-mekanika (3)

Para pelanggan bakal menerima rebat tunai yang menarik sehingga RM13,000 untuk Focus. Rebat tunai sehingga RM12,000 untuk Fiesta dan sehingga RM9,000 bagi EcoSport atau kadar sifar faedah hingga lima tahun.

Sebagai tambahan, Ford dan SDAC juga menawarkan pelanggan trak pikap Ranger rebat tunai sehingga RM5,500.

Ford-merdeka-promo-mekanika (4)

Promosi bulan kemerdekaan itu digabungkan dengan Pelan Servis Lanjutan Ford, sekali gus membuatkan inilah masa terbaik untuk memiliki sebuah kenderaan Ford.

Ditawarkan ke atas semua kenderaan penumpang Ford, ESP merupakan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang direka untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada para pelanggan tanpa sebarang kos tambahan. ESP Ford juga merangkumi penggantian beberapa alat ganti terpilih dan kos buruh percuma.

Ford-merdeka-promo-mekanika (5)

Semua kenderaan penumpang Ford hadir bersama jaminan pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km. Selain Program Jaminan Lanjutan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 100,000km daripada SDAC.

“Memandangkan kita maraikan kemerdekaan negara yang ke-58, kami ingin menjadikan pemilikan kenderaan Ford lebih mudah kepada rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Lee Eu San.

Ford-merdeka-promo-mekanika (2)

“Ford dan Malaysia berkongsi sejarah yang cukup kaya, malah Ford Motor Company of Malaya memulakan operasinya di sini sejak tahun 1926, 30 tahun sebelum negara merdeka. Hari ini, kami sangat komited untuk membawakan rangkaian kereta, trak dan SUV global terbaik Ford. Di samping terus memberi perkhidmatan dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Ford Motor Company Malaysia, Veemala Rethinasamy.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web www.ford.com.my atau kunjungi pengedar Ford.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button