
PROTON MENYEDARI ISU SELEPAS JUALAN DAN ALAT GANTI
PROTON menyedari isu yang dihadapi berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar. Roslan Abdullah menegaskan PROTON mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan pembaikan.
“Langkah pertama adalah menangani ketersediaan alat ganti dan kami telah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi.
“Pusat alat ganti kami juga tertakluk kepada peraturan yang sama dan berharap ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan.

“Kami juga memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan pengedar kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan PROTON.
“Masih banyak lagi yang perlu dilakukan tetapi kami akan memaklumkan perkembangan kami sepanjang tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan dan meningkatkan pertumbuhan jualan, PROTON akan terus meluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatannya.
Cawangan 3S/4S yang ke-147 telah dibuka secara rasmi di Alor Setar baru-baru ini dan merupakan cawangan ke-10 untuk EON.
Ia juga merupakan kemudahan Bilik Pameran Platinum PROTON yang kelima di negara dan ditempatkan di lokasi ikonik Alor Setar, Souq Albukhary. Dengan mempunyai bilangan cawangan 3S/4S yang tertinggi dalam industri.
- BACA: BAIKI EXORA SETAHUN DI PUSAT SERVIS PROTON. TAPI TAK SIAP SIAP?
- BACA: KUMPULAN GEELY JUAL LAGI BANYAK KERETA PADA 2021! PROTON SAMA NAIK!
- BACA: PROTON EDAR DILANTIK SEBAGAI PENGIMPORT/PENGEDAR MODEL SMART DI MALAYSIA DAN THAILAND
- BACA: PROTON LANTIK ROSLAN ABDULLAH TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF