Buletin

SET PANEL HADAPAN BUGATTI CHIRON SUPER SPORT 300+ CECAH RM1.75 JUTA. BERAPA KETUL KING BOLEH BELI TU?

Tidak dapat dinafikan memiliki Bugatti memerlukan kos yang sangat tinggi dalam menyelenggara jentera berkenaan.

Bahkan, harga alat ganti OEM Chiron cukup mengejutkan di alam maya.

Terbaharu, set panel bahagian hadapan Chiron Super Sport 300+ disenaraikan pada harga AS$399,999 (RM1.75 juta).

Set terbabit yang diperbuat daripada gentian karbon merangkumi fender bahagian hadapan, bampar, bonet dan bahagian bawah bampar.

Menurut pelekat pada bahagian bawah panel lencana Bugatti, ia dibuat dari Austria dengan tarikh produksi September 2020.

Dengan harga terbabit, banyak lagi jentera supercar boleh dimiliki seperti Ferrari 296 GTB, McLaren Artura dan Lamborghini Huracan Tecnica.

Kalau nak buka empayar kereta King pun boleh guna duit banyak tu.

Bagaimanapun, begitulah harga yang perlu dibayar jika memiliki jentera istimewa keluaran khas hypercar Chiron Super Sport 300+. –carscoops

Google ads
Back to top button