Motosikal

BOON SIEW HONDA UMUM PEMBUKAAN GUDANG ALAT GANTI BERPUSAT

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan pembukaan gudang alat ganti berpusat yang akan memperkukuhkan ekosistem selepas jualan sekaligus mempertingkat sokongan terhadap pengedar seluruh negara. 

Fasiliti baharu ini adalah berkeluasan 5,533 meter persegi dan merupakan pembesaran sebanyak 238 peratus berbanding fasiliti simpanan alat ganti sebelum ini. 

Sebagai fasiliti berpusat, gudang ini memastikan proses kemasukan alat ganti, penyimpanan dan pengeluaran berlaku dalam satu operasi tunggal sekaligus meningkatkan ketepatan inventori dan koordinasi termasuk logisitik. 

Menariknya, gudang alat ganti ini dibangunkan mengikutkan standard logistik global Honda yang bertujuan mengoptimumkan produktiviti dan standard operasi. 

Untuk rekod, pembinaan gudang ini bermula pada Mei 2025 dan siap sepenuhnya Mac tahun ini. 

Google ads
Back to top button