APA KORANG NAK BUAT KALAU ADA 90,000 ALAT GANTI HONDA BERNILAI RM7.5 JUTA?
Sebuah gudang di Amman, Jordan sedang mencari ‘pelanggan’ untuk menjual ribuan alat ganti Honda bernilai kira-kira AS$1.75 juta (RM7.5 juta).
Menurut laporan Carscoops, penemuan penyenaraian menarik berkenaan dimuat naik dalam platform eBay malah tidak mengetahui mengapa penjual ingin menjual ribuan alat ganti berkenaan.
Melalui senarai itu, sebanyak 76 peratus alat ganti merupakan untuk kenderaan model tahun 1974 hingga 2000 manakala selebihnya untuk keluaran 2001 sehingga 2015.
Penyenaraian termasuk pautan folder Dropbox yang mengandungi dokumen 288 halaman memperincikan setiap bahagian dalam lelongan serta kuantiti produk terbabit.
Alat ganti yang hendak dijual sesuai untuk model Honda Acty, Accord, City, Civic, Prelude, CR-V, Jazz, CRX, Pilot, Quintet dan Legend.
Selain itu, ia termasuk piston, komponen ruang dalaman dan luaran malah terdapat bahagian yang dipenuhi dengan pelbagai pintu model Honda dalam gudang berkenaan.
Siapa agaknya yang akan ‘menyapu’ bersih gudang berkenaan dengan membayar alat ganti mencecah RM7.5 juta? – carscoops
- BACA: HONDA CR-V GENERASI KE 6, APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI?
- BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X EDISI REPSOL. TERHAD 5,000 UNIT SAHAJA, BERMULA RM9,948
- BACA: DIDAKWA CURI LEMBU, HONDA ODYSSEY DIBAKAR DI FELDA BUKIT KUANTAN
- BACA: PEMILIK HONDA CIVIC BENGANG,TAWARAN HARGA MENGARUT. MINTA PEMBELI KE HOSPITAL