Buletin

RENAULT TWIZY – RM72,000

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan penjualan kereta elektrik sepenuhnya, Renault Twizy.

Renault-Twizy-mekanika (11)

Renault Twizy akan ditawarkan menerusi rangkaian jualan Renault dalam dua varian iaitu Urban dan Cargo. Varian Urban hadir bersama sebuah tempat duduk penumpang di bahagian belakang. Manakala varian Cargo pula menawarkan ruang but kedap air berkapasiti 180 liter. Ia boleh diakses melalui pintu belakang dengan bukaan sehingga 90 darjah.

Anda boleh memiliki Twizy Urban pada harga RM71,888 dan Cargo RM73,888 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans) untuk pendaftaran peribadi.

Renault-Twizy-mekanika (2)

Dimensi Renault Twizy hanya besar sedikit berbanding skuter tiga roda. Hanya sepanjang 2.34 meter dan lear 1.23 meter, ia mudah untuk bergerak di kawasan bandar. Dengan 450kg, berat Twizy hanya separuh berbanding sebuah kereta biasa.

Jentera ini kompak dan cukup pantas. Motor elektrik itu mampu menjana kuasa maksimum 13kW dan tork 57Nm, membolehkan Twizy mencatat kelajuan maksimum sehingga 80km/j.

Renault-Twizy-mekanika (4)

Renault Twizy merupakan satu-satunya kenderaan empat roda yang boleh diparkir di sudut-sudut yang sukar. Jika anda mendepakan tangan sepenuhnya, itu sahajalah ruang yang anda perlukan.

Dengan empat roda dan brek cakera, pengendalian Renault Twizy di atas jalan memang seronok dan meyakinkan.

DSC02431

Dari segi keselamatan, Twizy menawarkan ciri-ciri yang tidak jauh bezanya dengan kenderaan konvensional. Talaan suspensi yang keras menawarkan kestabilan dan keselamatan.

Antara ciri keselamatan pasif lain termasuklan pelindung kabin, tali pinggang keledar empat poin (untuk pemandu) dan sebuah beg udara. Bagi varian Urban, tali pinggang keledar tiga poin untuk penumpang belakang turut disediakan.

Renault-Twizy-mekanika (7)

Bateri lithium-ion berkuasa 6.1kWh diletakkan di bahagian bawah tempat duduk hadapan. Di bahagian hujung hadapan Renault Twizy, terdapat satu ruang kecil yang menempatkan kabel mengecas. Kabel itu perlu disambungkan dengan mana-mana outlet berkuasa 230V/240V. Cas penuh hanya mengambil masa selama tiga jam setenga dan mampu bergerak sejauh 100km.

Renault Twizy mungkin menyeronokkan, malah ia juga boleh menjadi sebuah kereta yang efisien. Chasisnya dibangunkan oleh Renault Sport Technologies yang pastinya menawarkan kualiti pengenalian terbaik. Terima kasih kepada tahap kejuruteraan yang telah dioptimumkan dan titik graviti rendah.

Renault-Twizy-mekanika (9)

Sama seperti semua kenderaan penumpang Renault yang lain, selang servis Twizy adalah 10,000km atau enam bulan, mana-mana tiba dahulu. Twizy juga hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau perbatuan sejauh 50,000km untuk asas kenderaan. Di samping jaminan pengeluar selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 50,000km untuk bateri dan rangkaian kuasa elektrikal.

Sehingga kini, Renault telah menjual 15,000 unit Twizy dan 250,000 kenderaan elektrik (EV) di seluruh dunia. Di Eropah, Renault merupakan jenama EV No. 1 untuk bulan April dan Mei 2015 dengan perkongsian pasaran sebanyak 26 peratus.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button