Buletin

SIRI JELAJAH KESELAMATAN MASA DEPAN BERSAMA FORD

Pada awal bulan lalu, Ford telah menganjurkan siri jelajah ‘Keselamatan Masa Depan Bersama Ford’ ke Malaysia untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai aspek keselamatan.

Ford-safety-tour-mekanika (1)

Disasarkan kepada para pemandu dan penumpang kenderaan, siri jelajah tersebut  diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama, Petaling Jaya pada hari Khamis dan Jumaat, 6 dan 7 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Dibuka kepada orang ramai secara percuma, ia menampilkan sekumpulan pakar daripada Ford. Mereka berkongsi nasihat dan topik berkaitan keselamatan pemandu serta  rangkaian kenderaan dengan aspek keselamatan kanak-kanak menjadi fokus utama.

Ford-safety-tour-mekanika (4)

“Ford merintis jalan dalam membangunkan teknologi-teknologi pintar dan sistem pengangkutan masa depan. Kami terus mara ke hadapan untuk menghasilkan teknologi-teknologi keselamatan dan bantuan pemandu yang inovatif,” jelas Pengarah Kejuruteraan Kelestarian, Alam Sekitar dan Keselamatan, Ford Motor Company, Asia Pasifik, Pete Hardigan.

Siri jelajah tersebut melibatkan taklimat-taklimat keselamatan selama 40 minit yang diadakan pada setiap setengah jam. Ia juga merangkumi satu siri pameran dan paparan interaktif yang membantu menerangkan tentang teknologi-teknologi keselamatan inovatif Ford yang ada sekarang serta pada masa depan.

Ford-safety-tour-mekanika (9)

Bagi golongan ibu bapa, kepentingan memasang tempat duduk kanak-kanak diberi perhatian. Ini termasuklah tip-tip memilih tempat duduk kanak-kanak yang betul, membeli yang baru dan bukannya terpakai serta memastikan semua tali pinggang dan ubah suai dilakukan dengan kemas bagi mengurangkan pergerakan, sekiranya berlaku kemalangan.

Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, tip-tip pemanduan selamat ketika mengandung juga dikongsi. Sebagai contoh, pentingnya memakai taling pinggang keledar dengan betul, meletakkan di bahagian bawah perut dan di sekeliling pinggul.

Ford-safety-tour-mekanika (6)

Para pengunjung boleh mengaplikasikan tip-tip ini dengan mencuba sut-sut yang telah direka khas. Sut-sut tersebut digunakan oleh pasukan jurutera Ford untuk memenuhi keperluan pemandu yang mengalami isu-isu mobiliti spesifik.

Ini termasuklah Empathy Belly yang membantu menawarkan simulasi pergerakan terhad yang dihadapi oleh wanita mengandung. Sementara Sut Warga Emas yang dipasang dengan pemberat, pendakap, cermin mata dan palam telinga pula merupakan simulasi kesan usia terhadap deria-deria manusia.

Ford-safety-tour-mekanika (7)

Para pengunjung juga dijemput untuk membuat aku janji pemanduan selamat mereka sendiri. Mereka boleh menyatakan kesungguhan aku janji itu dengan mendaftar dan menyertai bengkel Kemahiran Pemanduan Seumur Hidup (DSFL) anjuran Ford secara percuma yang berlangsung selama separuh hari dan diadakan sepanjang tahun ini.

Orang ramai berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dan demonstrasi Ford SYNC 2 yang membolehkan pemandu kekal berhubung, pada masa yang sama kekal fokus di atas jalan raya.

Ford-safety-tour-mekanika (8)

Demonstrasi tali pinggang keledar yang boleh dikembungkan, pertama kali diproduksikan oleh industri automotif yang direka untuk meningkatkan perlindungan penumpang tempat duduk belakang turut diadakan.

Menerusi simulasi serta multimedia yang interaktif dan menyeronokkan, pengunjung akan belajar bagaimana ciri-ciri dan teknologi canggih dapat membantu pemandu untuk berdepan dengan kondisi trafik yang mencabar.

Ford-safety-tour-mekanika (10)

Teknologi-teknologi itu termasuklah Adaptive Cruise Control yang membantu pemandu mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan. Manakala Active City Stop pula direka untuk mengurangkan dan dalam situasi-situasi tertentu, mengelakkan pelanggaran bahagian belakang pada kelajuan rendah.

Turut dipamerkan ialah MyKey, teknologi pertama dalam industri itu membolehkan pemiliknya memprogramnkan kunci untuk diri sendiri atau pemandu lebih muda. MyKey berupaya menghadkan kelajuan, mengurangkan volum maksimum sistem audio, mematikan radio sehinggalah tli pinggang keledar dipakai, serta menghalang penyahaktifan teknologi keselamatan dan bantuan pemandu.

Ford-safety-tour-mekanika (3)

Satu lagi visi yang ingin direalisasikan Ford adalah komunikasi kenderaan kepada kenderaan (V2V) dan kenderaan dengan infrastruktur (V2I).

“Dalam jangka masa lebih panjang, kami harap dapat melihat penggunaan sistem V2I yang lebih meluas. V2I membolehkan kenderaan berkomunikasi dengan infrastruktur dan sistem pengurusan trafik. Hasilnya, jalan raya akan menjadi lebih selamat, aspek mobiliti boleh ditambah baik serta emisi dan penggunaan bahan api dapat dikurangkan,”  kata Hardigan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button