Buletin

PREBIU DUNIA PROTOTAIP HONDA BR-V

Prototaip Honda BR-V melakukan debut secara rasmi pada acara GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015 semalam.

Honda-BR-V-Gaikindo-Indonesia-mekanika (4)

Kenderaan utiliti crossover generasi baharu ini menggabungkan penampilan sebuah SUV dengan keluasan ruang sebuah MPV. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC (enjin sama pada Jazz dan City).

Enjin empat silinder yang mampu menjana kuasa sehingga 120hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 145 Nm @ 4,600rpm itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau CVT.

Honda-BR-V-Gaikindo-Indonesia-mekanika (5)

Biarpun dibangunkan di atas platform kereta kompak Honda Brio, Br-V jelas nampak begitu besar. Jadi, pastinya ia tidak sukar untuk menarik perhatian pengguna untuk memilikinya.

Melihat bahagian luarannya, BR-V mempunyai jarak kelegaan tanah yang tinggi dan roof rails untuk semua gred. Bahagian belakang diserlahkan menerusi lampu LED berbentuk huruf C. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aluminium bersaiz 16 inci.

Honda-BR-V-Gaikindo-Indonesia-mekanika (6)

Honda menjanjikan ruang kabin yang luas dan selesa. Selain paparan multi informasi serta corong pendingin hawa untuk tempat duduk baris pertama dan kedua. Dari segi keselamatan pula, BR-V dilengkapi dua beg udara SRS, brek ABS dan EBD. Di samping sistem Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX.

BR-V akan dipasarkan di Indonesia pada awal tahun depan, sebelum memasuki pasaran-pasaran berdekatan. Masih tidak dapat dipastikan sama ada BR-V akan ditawarkan oleh Honda Malaysia atau sebaliknya. Jika ya, ia pasti menjadi pesaing sengit kepada model-model seperti Nissan Grand Livina dan Perodua Alza.

Honda-BR-V-Gaikindo-Indonesia-mekanika (7)

“Honda memulakan perniagaan di Indonesia pada tahun 1971 dan ia menunjukkan peningkatkan pada setiap tahun. Dengan BR-V serba baharu dan barisan produk Honda lain, kami akan terus menawarkan produk yang mengujakan kepada pengguna,” kata Ketua Pegawai Operasi untuk Operasi Serantau  (Asia and Oceania) Honda Motor Co., Ltd. Noriaki Abe.

Jentera berkapasiti tujuh tempat duduk itu bakal ditawarkan pada harga bermula 230 hingga 265 juta Rupiah (RM68,000 hingga RM78,000) seunit. Produksinya akan dimulakan pada Januari 2016 di kilang Honda di Karawang.

Honda-BR-V-Gaikindo-Indonesia-mekanika (1)

Kredit foto: Chris Wee (www.autofreaks.com).

Pautan: http://www.autofreaks.com/features/all-new-honda-br-v-makes-its-world-debut-at-giias-2015-photo-gallery-full-press-info/

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button