
Ini berita yang baru kami terima, Modenas bakal melancarkan tiga model baru bulan hadapan. Seperti yang tersebar beberapa minggu yang lepas, Modenas dikatakan menjalani kerjasama strategik baru dengan konglomerat automotif India – Bajaj Auto untuk visi masa hadapan mereka.
Tiga model yang dimaksudkan akan memenuhi pasaran yang tidak pernah diteroka Modenas sebelum ini. Street bike, Sportbike dan sebuah Cafe Racer.
BACA: TAHUKAH ADA ASAL USUL CAFE RACER?
BACA: SIAPAKAH BAJAJ AUTO?
Ya. Modenas bakal memperkenalkan Cafe racer sepertimana pasaran pernah melihat Modenas TT200 dipamerkan tak lama dahulu. Namun begitu, cafe racer yang akan diperkenalkan pada kali ini bukanlah dibangunkan sendiri, sebaliknya sebahagian dari model yang dijenamakan semula daripada kerjasama Modenas-Bajaj.
Penting untuk Modenas mempelbagaikan produk dan senjata utama yang dilihat bakal merebut semula pasaran ialah kategori streetbike dan sportbike kecil. Ia berkapasiti 200cc dari model Bajaj RS200 dan NS200.
SPORTBIKE BIKE – (BAJAJ RS200)
Ini adalah model yang dilihat dalam satu sesi ujian di lebuhraya yang kami paparkan sebelum ini. Anda boleh baca pautan lanjut di sini. Model RS200 ini merupakan sportbike pertama dalam kategori 200cc di negara ini oleh pengeluar mainstream.
Dalam pasaran hari ini, terdapat beberapa model yang mungkin menjadi saingan terdekat RS200 seperti Yamaha R25, Honda CBR250R, Kawasaki Ninja 250SL atau mungkin Benelli 302R
STREET BIKE – (BAJAJ NS200)
Secara peribadi, majoriti kami di mekanika dapat rasakan bahawa ini adalah model yang paling laris nanti. Sebenarnya, Yamaha sudah lama joli sakan dengan FZ150i tanpa ada saingan yang benar-benar berdepan dari pengeluar utama.
Dalam segmen ini ada beberapa model saingan yang hampir seperti Yamaha FZ150i, Demak Skyline 200, Sym T2 250i, KTNS Z ONE S200 dan CMC SK200. Seperti yang kita perhatikan, hanya Yamaha FZ150i lebih dominan berbanding jenama lain.
Bagi kapasiti enjin 200cc, steet bike dengan tangki lebih besar ini adalah jawapan bagi kebanyakan tingkattaraf pengguna kapcai atau skuter. Ia lebih selesa untuk perjalanan jauh setiap hari dengan penyeleggaraan rendah dan menjimatkan bahanapi.
CAFE RACE – (BAJAJ V)
Ini adalah percubaan berani yang dibuat Modenas untuk memperkenalkan varian cafe racer ke pasaran tempatan. Di India terdapat dua varian khas untuk model cafe racer ini iaitu V15 dan V12 yang masing-masing menggunakan enjin 150cc dan 125cc.
Kami belum dapat maklumat penuh model mana yang akan dibawa masuk. Apa yang pasti memang memang akan ada sebuah Modenas cafe racer diperkenalkan nanti.
Di pasaran hari ini hanya ada dua model khusus dengan pamej klasik/cafe racer iaitu dari jenama KTNS menerusi model GP 125 dan GP250.