
RISIKO KEBAKARAN, MERCEDES UMUM RECALL LIBATKAN HAMPIR 53 RIBU SPRINTER
Berita kurang enak untuk para pemilik van Mercedes-Benz Sprinter, di mana hampir 53 ribu model tersebut terlibat dalam kempen panggil semula atas risiko kebakaran.
Menurut agensi National Highway Trafic Safety Administration, masalah tersebut bukanlah berpunca daripada enjin.
Sebaliknya, unit motor blower yang terdapat pada sistem pemanasan, ventilasi dan pendingin hawa (HVAC) berkemungkinan besar akan menjadi terlampau panas disebabkan oleh abah-abah pendawaian yang tidak sempurna.
Mujur setakat ini tiada sebarang kes kebakaran dilaporkan berpunca daripada masalah yang disebutkan tadi.
Sebanyak 52,993 unit Mercedes-Benz Sprinter dan Freightliner Sprinter VS30s di Amerika Syarikat akan dipanggil semula untuk menggantikan fius dan abah-abah pendawaian motor blower tanpa sebarang kos tambahan. – NHTSA