TESLA CYBERTRUCK AKAN DIREKA SEMULA
Apabila Elon Musk mula menayangkan Cybertruck yang berkuasa elektrik miliknya, perkara pertama yang bermain di dalam kepala penulis ialah adakah rekaan sebegini melepasi homologasi keselamatan yang ditetapkan oleh National Highway Traffic Safety Administration.
Rekaan Cybertruck yang bersegi segi seperti yang direka oleh anak penulis dengan menggunakan pembaris tersebut seperti tidak mesra pejalan kaki. Jika bahagian yang bersudut itu melanggar pejalan kaki, kemungkinan besar otak mereka akan bersepai atas jalan. Melainkan Cybertruck direka untuk kegunaan askar.
Bertindak berdasarkan kritikan yang diberi oleh James Goodwin, CEO Australian New Car Assessment Program yang memberikan kritikan pedas “rekaan truck ini keras di bahagian depan dan sekiranya berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki, tidak banyak perlindungan yang diberikan”.
ANCAP merupakan badan pemantau aspek keselamatan kereta baru di Australia yang memiliki taraf yang sama dengan insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Walaupun Cybertruck memberikan perlindungan yang baik pada penumpang, namun Tesla sepatutnya memberikan perhatian sama kepada pejalan kaki
Beberapa lakaran awal yang dihasilkan menerusi aplikasi pengimejan digital memberi idea bahawa Cybertruck akan diberikan rekaan seperti Rivian R1T. Pemegang pintu yang asalnya menggunakan rekaan pop-up digantikan dengan rekaan biasa, profile bersegi dibahagian belakang digantikan dengan rekaan truck bed, sama seperti kenderaan 4×4 yang lain.
Lampu yang berbentuk bar juga kemungkinan perlu direka semula bagi memenuhi homologasi keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.