
CEO XIAOMI DAKWA SU7 ULTRA 20 SAAT LEBIH LAJU DARI PORSCHE TAYCAN TURBO GT – MANYAK LAJU OO
Bagi yang suka perlekehkan kereta buatan China inilah masanya untuk anda melopongkan mulut akibat terkejut. Ya tuan-tuan, kalau benar seperti dakwaan CEO Xiaomi ni, EV sedan buatan syarikat pengeluar telefon ini sudah memadamkan terus rekod Porsche Taycan di Nurburgring.

Bukan sipi-sipi, bukan sedetik cuma tapi 20 saat terus perbezaan masa catatan sepusingan SU7 Ultra berbanding Taycan Turbo GT. SU7 Ultra membuat catatan masa 6:46.874 dengan kekuatan 1,527 hp. Rekod kereta 4-pintu paling laju sebelum ini dipegang oleh Taycan Turbo GT Weissach Pack yang tidak mempunyai tempat duduk belakang.
Bukan hanya Taycan Turbo GT, hypercar Rimac Nevera juga hanya mampu membuat catatan masa 7:05.20 di atas litar menjadikannya EV produksi paling laju di Green Hell. Rimac sekarang mempunyai versi baharu yang lebih ekstrim dengan pakej aero. Namun jika ia gagal mengatasi catatan masa SU7 memang tercalar la imej hypercarnya.

SU7 Ultra turut menewaskan rekod supercar dua-pintu lain dan antara yang paling terkenal ialah Porsche 911 GT3 RS 2023 (6:49.33), Mercedes-AMG GT Black Series 2020 (6:48.05) dan Pagani Zonda R (6:47.50). Habis semua kena tapau.
Xiaomi bakal mendedahkan spesifikasi penuh Ultra baik dari segi trenkuasa, chasis dan ciri aerodinamiknya. Versi konsep SU7 didedahkan Julai lepas dengan 2,145 kg downforce, 1,900 kilogram berat sekaligus menjadikannya 465 kilogram lebih ringan dari Taycan Turbo GT.
Tetapan tiga unit motor elektrik mampu melarikan SU7 dari 0-100 kmj hanya dalam masa 1.97 saat. Kelajuan 200 kmj hanya dicapai dalam masa 5.97 saat dan 300 kmj memerlukan 15 saat.

Hah macam mana? Nak gelakkan lagi kereta buatan China. China lo nit ok serupo mulo deh. Kereta buatan Apple apa cerita sekarang?