
SAIC MOTOR KEKAL KUASAI PASARAN CHINA, JUMLAH PENGHANTARAN KENDERAAN 2.12 JUTA UNIT
SAIC Motor terus mendominasi industri automotif China pada separuh pertama tahun ini dengan jumlah penghantaran kenderaan sebanyak 2.12 juta unit, menurut laporan pengeluaran dan jualan yang dikeluarkan pada 5 Julai.
Dari Januari hingga Jun, penghantaran jenama SAIC Motor mencapai 1.26 juta unit, merangkumi 59 peratus daripada jumlah jualan syarikat.
Sementara, jualan NEV meningkat kepada 522,000 unit, dengan peningkatan tahunan sebanyak 29.5 peratus.

Penghantaran ke pasaran luar negara juga mencatatkan 554,000 unit, menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 13.9 peratus.
Sejak 2018, jualan tahunan NEV SAIC Motor melonjak daripada 142,000 unit kepada 1.12 juta unit, peningkatan tujuh kali ganda, meletakkan syarikat ini dalam kalangan peneraju jualan NEV global.
Jualan tahunan ke pasaran luar negara turut mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda, daripada 277,000 unit kepada 1.2 juta unit, mengekalkan kedudukan teratas dalam kalangan syarikat automotif China dalam pasaran antarabangsa.

Penguasaan Pasaran Luar Negara
Di pasaran Eropah, MG, jenama di bawah SAIC Motor, berjaya mengatasi Tesla, memasuki kelompok 20 jenama teratas dalam jualan.
Di UK, hatchback elektrik sepenuhnya, MG4, telah dinobatkan sebagai ‘Kereta Elektrik Terbaik Terpakai’ di 2024 Automotive Management (AM) Awards.
Untuk rekod, MG4 telah mencapai lebih daripada 30,000 jualan di UK.
Anugerah ini mengiktiraf prestasi cemerlang MG4, kebolehpercayaan, dan nilai yang kukuh sejak pelancarannya di pasaran domestik MG pada 2022.
- BACA: PENDUDUK PANGSAPURI LETAK KENDERAAN DI PARKIR MEDAN SELERA, PARA PENIAGA TAMPAL NOTA LARANGAN
- BACA: INILAH DIA ASTON MARTIN VALKYRIE MILIK FERNANDO ALONSO
- BACA: PESAING TOYOTA FORTUNER, HAVAL H9 HADIR DI PASARAN INDONESIA – 221HP, ANGGARAN HARGA RM103K
- BACA: KANAK-KANAK 10 TAHUN PANDU KERETA TERBABIT KEMALANGAN




