
PEUGEOT MALAYSIA TAWAR PENYELENGGARAAN PERCUMA SELAMA 5 TAHUN BERMULA 1 SEPTEMBER 2024
PEUGEOT Malaysia hari ini mengumumkan promosi eksklusif penyelenggaraan percuma selama 5 tahun bermula pada 1 September 2024.
Promosi terhad ini meliputi semua model dan varian PEUGEOT, termasuk model baharu 408, 2008, 3008, 5008, dan LANDTREK.
Pelanggan yang mendaftarkan kenderaan PEUGEOT mulai 1 September layak menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun – merangkumi kos alat ganti bagi 10 kali perkhidmatan dalam tempoh lima tahun.
Jadual penyelenggaraan adalah berdasarkan selang perkhidmatan setiap 10,000 kilometer atau setiap enam bulan, mengikut mana yang lebih dahulu.

Pelanggan hanya perlu menanggung kos buruh yang berkaitan dengan setiap perkhidmatan.
Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, “Pelanggan adalah keutamaan kami dan promosi penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan PEUGEOT.”
“Penjimatan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun ini digabungkan dengan jaminan lanjutan 7 tahun yang sedang berlangsung pasti memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik baharu PEUGEOT, untuk tempoh lebih lama,” katanya.
Tawaran istimewa ini tersedia di semua pengedar sah PEUGEOT di seluruh negara dan hanya untuk tempoh terhad.
Semua kenderaan PEUGEOT baharu dilengkapi dengan jaminan 7 tahun atau 200,000km, mengikut mana yang lebih dahulu, sebagai pakej standard.
Jaminan ini terdiri daripada jaminan pengeluar selama 3 tahun dan tambahan jaminan lanjutan selama 4 tahun.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan digalakkan untuk melawat pengedar sah PEUGEOT yang terdekat atau melayari laman web rasmi PEUGEOT Malaysia di www.peugeot.com.my.
- BACA: SAIC MOTOR KEKAL KUASAI PASARAN CHINA, JUMLAH PENGHANTARAN KENDERAAN 2.12 JUTA UNIT
- BACA: PENDUDUK PANGSAPURI LETAK KENDERAAN DI PARKIR MEDAN SELERA, PARA PENIAGA TAMPAL NOTA LARANGAN
- BACA: INILAH DIA ASTON MARTIN VALKYRIE MILIK FERNANDO ALONSO
- BACA: PESAING TOYOTA FORTUNER, HAVAL H9 HADIR DI PASARAN INDONESIA – 221HP, ANGGARAN HARGA RM103K