INILAH DIA ASTON MARTIN VALKYRIE MILIK FERNANDO ALONSO
Pemandu pasuka Formula 1 Aston Martin Aramco, Fernando Alonso, hadir ke jalan raya di Monaco, bagi sesi penghantaran Aston Martin Valkyrie milik beliau yang merupakan hypercar terunggul, kereta F1® sebenar untuk jalan raya.
Fernando Alonso memandu kereta Aston Martin Valkyrie baharunya keluar dari Hotel Monte Carlo Bay yang ikonik, mempamerkan spesifikasi yang ditempah dengan kerjasama pasukan reka bentuk di perkhidmatan khas Aston Martin, Q.
Mengambil inspirasi daripada kereta lumba milik pasukan F1 Aston Martin Aramco, AMR24 miliknya, jentera Aston MartinValkyrie milik Fernanto Alonso ini telah dicat dengan Satin Aston Martin Racing Green dengan kontras AMR Satin Lime Graphics, bagi memberi penekanan terhadap sorotan aerodinamik hypercar itu.
Terowong Venturi yang berlubang telah dipertingkatkan lagi dengan penambahan grafik dicat Speed Red dan Light dan Dark Blue. Kemasan Gentian karbon menghiasi bumbung, penutup enjin dan aero bawah dan lencana Titanium Aston Martin Wings terletak dengan bangga pada bahagian hidung hypercar ini. Juga terdapat rekaan grafik ‘CAUTION HOT’ telah digunakan pada bahagian belakang.
Aston Martin Valkyrie ini mempunya daya pecutan dari 0 – 60 mph dalam masa kurang 2.5 saat dengan menawarkan penjana kuasa hibrid bersama enjin 6.5 liter V12 yang menghasilkan kuasa maksimum 1,155 PS. Aston Martin Valkyrie ini juga menggabungkan diantara rekaan aerodinamik yang handal dan juga prestasi trenkuasa yang diinspirasikan oleh F1, bagi memberikan salah satu pengalaman pemanduan yang paling mendebarkan boleh dirasai di atas jalan raya.
Di dalam kabin yang difokuskan pemandu, kesinambungan gentian karbon yang bukan kepalang. Tempat duduk didatangkan dengan Pure Black Alcantra dengan jahitan AMR Lime yang kontras. Logo terkenal Alonso juga boleh dilihat disulam pada bahagian perehat kepala dalam benang AMR Lime yang serupa.
Juga terdapat perincian yang paling rumit yang tidak dapat dilihat pada pandangan mata kasar, pada pedal pendikit aluminum anodis berwarna merah terukir dengan nombor 14 sebagai tanda penghormatan buat Fernando Alonso yang muncul juara dunia karting pada usia 14 tahun tanggal 14 Julai 1996.
Seperti semua kereta sprot Aston Martin, model Valkyrie ini dibina di Ibu Pejabat di Gaydon, UK. Satu pasukan juruteknik berkemahiran tinggi membina menggunakan tangan untuk menghasilkan kira – kira 150 buah Valkyrie, dengan memerlukan masa sehingga 2,000 jam untuk menyiapkannya setiap satu.
BACA : ASTON MARTIN DBX707 AMR24 EDITION – EDISI KHAS BERSEMPENA DENGAN JENTERA F1 MUSIM INI
BACA : KERETA MIKRO ONE-OFF ASTON MARTIN IDAMAN KAMI – #BAIK BELI APA PULAK KALI NI?