Buletin

PESAING TOYOTA FORTUNER, HAVAL H9 HADIR DI PASARAN INDONESIA – 221HP, ANGGARAN HARGA RM103K

Pengeluar automotif dari China, Great Wall Motor (GWM), sekali lagi membuat kejutan dengan pelancaran SUV terbaru mereka di Indonesia, iaitu Haval H9.

Haval H9 dikatakan sebagai pesaing kuat kepada Land Cruiser dan Toyota Fortuner, dengan menawarkan prestasi luar biasa, lebih lasak, dan harga lebih berpatutan.

Haval H9 memiliki reka bentuk yang gagah, kukuh, dan futuristik. Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 224mm dan kemampuan untuk “berenang” hingga kedalaman 800mm, SUV ini bersedia menghadapi laluan off-road yang paling mencabar.

Selain itu, sudut approach sebanyak 31 darjah dan sudut departure sebanyak 20 darjah memastikan kenderaan ini dapat mengatasi pelbagai halangan dengan mudah.

Kenderaan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri moden seperti kawalan kerusi elektrik, ruang simpanan yang luas, sunroof bersaiz besar, serta cermin depan dan pintu depan dengan kaca kalis bunyi dua lapis.

Teknologi canggih lain yang disertakan pada Haval H9 termasuk ciri pemantauan jarak jauh melalui telefon pintar, dan kemas kini perisian over-the-air (OTA).

Haval H9 hadir dengan dua pilihan enjin: enjin petrol 2.0 Turbo yang menghasilkan 221hp dan tork puncak 384Nm, serta enjin diesel 2.4 Turbo dengan kuasa 184hp dan tork 480Nm.

Kedua-dua enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan untuk enjin petrol dan 9-kelajuan untuk enjin diesel.

Kenderaan ini juga dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda pintar yang boleh menyesuaikan diri dengan keperluan pemandu.

Untuk harga pula, Haval H9 ditawarkan pada harga sekitar AS$23,910 atau kira-kira RM103,972.

Google ads
Back to top button