
SEDAN MEWAH FUTURISTIK SAIC MOTOR KUN CONCEPT. BOLEH TERBANG, MENYELAM DALAM AIR
SAIC Motor mendedahkan jentera futuristik dikenali sebagai KUN di Expo Dubai 2020.
Sedan mewah itu dilengkapi teknologi terkini seperti pemanduan autonomi, antara muka holografik dan tenaga fotosintesis.
Selain itu, model konsep Kun juga berupaya terbang malah boleh menyelam di dalam air umpama kapal selam.
Dalam mitologi China, Kun membawa maksud makhluk yang merubah bentuk.

Ia dikatakan Kun merupakan ikan gergasi menetap berdekatan Lautan Utara yang bertukar menjadi burung gergasi dengan sayap kelihatan berwarna-warni apabila terbang di udara.
Kisah berkenaan diadaptasi dan dipadankan pada kereta pintar SAIC Motor yang mampu digunakan sebagai kenderaan udara dan di dalam air.

Fungsi Kun membenarkan kenderaan terbabit untuk menyesuaikan pada senario baharu tanpa sempadan.
Dari segi rekaan, ia menampilkan garis badan sporty dengan didatangkan pintu gullwing malah kelihatan seperti kereta konsep Audi Aicon yang didedahkankan pada tahun 2017.
Selain itu, Kun dilengkapi bahagian hadapan lebih tajam dipadankan lampu utama dengan rekaan slim dan bumbung panel solar. Ia turut hadir dengan teknologi seperti interaksi imej holografik dan pemanduan autonomi serta tempat duduk zero-G. – autoevolution