OMODA E5 TERIMA PENILAIAN LIMA BINTANG DARI EURO NCAP DAN ANCAP
Chery OMODA E5, kenderaan elektrik bateri (BEV) terbaru, berjaya memperoleh penilaian keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baru Eropah (Euro NCAP) dan Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP).
Kejayaan ini menekankan komitmen Chery terhadap keselamatan dan inovasi, menyusuli kejayaan model OMODA 5 dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang menerima pengiktirafan sama pada tahun 2022.
OMODA E5 mengekalkan reputasi cemerlang model petrolnya dengan menunjukkan prestasi luar biasa dalam Perlindungan Penumpang Dewasa, Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak, dan Bantuan Keselamatan.
Malah, ia turut melalui ujian keselamatan tambahan seperti pelanggaran hadapan dan tiang serong bagi memastikan integriti bateri voltan tinggi kekal terjaga.
DIREKA UNTUK KELUARGA
Keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan dalam reka bentuk OMODA E5. Tempat duduk kanak-kanaknya direka secara ergonomik untuk pemasangan yang stabil dan selamat.
Tambahan pula, sistem beg udara canggih memastikan kalibrasi masa yang tepat, memberikan perlindungan maksimum untuk semua penumpang, terutama kanak-kanak.
OMODA E5 dilengkapi teknologi Pembrekan Kecemasan Autonomi (AEB) canggih yang memberikan perlindungan kepada Pengguna Jalan Raya Rentan (VRU) seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.
Sistem ini mampu mengenal pasti sasaran dengan tepat dalam pelbagai kelajuan, memberikan tindak balas pantas untuk mengurangkan risiko pelanggaran, sekaligus menetapkan penanda aras baru dalam keselamatan aktif.
PENGIKTIRAFAN GLOBAL
Kejayaan ini mengukuhkan lagi reputasi global OMODA E5 selepas menerima pengiktirafan lima bintang daripada Euro NCAP, ANCAP, dan ASEAN NCAP.
Menurut Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia, “Penilaian lima bintang ini memberikan keyakinan tambahan kepada pengguna Malaysia yang ingin memiliki kenderaan elektrik pertama mereka.”
Dengan pengiktirafan lima bintang ini, Chery OMODA E5 bukan sahaja menjadi pilihan ideal bagi mencari EV berkualiti tinggi tetapi juga menjanjikan pengalaman pemanduan yang selamat dan inovatif di jalan raya.