Artikel Pilihan

SAIPA ATLAS, CROSSOVER TERBARU IRAN – TEKAN TEKAN PREGGY TAK NI?

Saipa ialah pengeluar automotif terbesar di Irang dan mereka banyak mengeluarkan model-model yang dilesenkan oleh pemilik model asal. Kira rebadge jugak la ni. Saipa Atlas ini merupakan versi naiktaraf Saiba Quick dan ia menggunakan formulasi yang sama dengan Kia Pride 1986. Lama betul tu.

Memang Atlas Quick nampak agak mirip. Dah namanya pun naiktaraf tapi kali ini ia tampil lebih moden dengan penggunaan lampu-lampu LED yang agresif, gril ala Ford, garisan-garisan dinamik di atas bonet dan rekaan bumper yang lebih kompleks. Bahagian belakang juga menerima rekaan lampu baharu, bumper baharu dan kemasan pintu belakang yang lebih ringkas.

Pilihan warna untuk Atlas ni kira boleh tahan la. Cuma yang kami tak tahan saiz rimnya tu. Aduh, dah nak masuk tahun 2023 boleh pula ditawarkan rim bersaiz 14 inci untuk crossover. Cenonet betul.

Bahagian lain macam dalaman ni okey la. Ad skrin infotainment 7 inci lengkap dengan sistem audio. Kira wajib la tu. Selain daripada itu ia turut dilengkapkan dengan sistem nyalaan lampu automatic, pilihan tempat duduk elektrik, cermin dengan fungsi pemanas, sunroof, ESC dan termasuklah sistem pengesan titik buta. Boleh tahan weh.

Atlas dikuasakan enjin 1.5 liter 4-selinder yang sama seperti kebanyakan model lain keluaran Saipa. Enjin ini mampu menghasilkan sekitar 87hp dan 128Nm tork maksima. Terdapat pilihan transmisi manual dan automatic CVT yang akan menghantar kuasa ke roda hadapan.

Seperti kami nyatakan tadi, Saipa Atlas memang diasaskan daripada rekaan platform X200 dari Kia Pride/Ford Festiva/Mazda 121 keluaran tahun 1986. Bukannya sesuatu yang pelik kerana Saipa juga mengeluarkan model-model lain dari platform yang sama antaranya ialah Saipa Tiba (hatchback/sedan), Saipa Saina (sedan) dan 151 (pikap). Fuh, kreatif betul depa kat sana.

Kami pun tak tahu macam mana para jurutera Saipa lakukan untuk membolehkan casis yang sudah agak klasik digunakan pada zaman serba moden ini. Man taknya, lanskap automotif ni sudah banyak berubah dalam masa 20-30 tahun.

Banyak kena naik taraf untuk memenuhi piawaian keselamatan, keselesaan dan dinamik pemanduan. Cuma satu perkara yang pasti, penggunaan asas yang klasik ini akan membolehkan model-model Saipa dijual dengan harga mampu milik. Itu perkara penting untuk pasaran Iran sebenarnya.

Tapi jangan pandang sebelah mata pada syarikat ini okey. Kalau tak nak model dari asas purba macam ni, mereka yang mampu boleh je beli model Saipa yang lebih moden seperti Saipa Sahin (sedan) dan Saipa Aria (crossover) yang diasaskan dari Toyota Yaris generasi kedua. Haa, yang ni okey la sikit kot?

Google ads
Back to top button